Monday, March 7, 2011

Contest Si Kecil & Bunga

Nak join contest ni sangat2, i don't care. Even my baby tak sihat, even my baby demam chicken-pox, even my camera ada problem. Ambil gambar pakai handphone pun jadilah, asalkan i dapat join contest ni!!! (sejak bila ber i, i ni?)

Contest apa aku kecoh2 ni? Baca tak tajuk tadi? Contest Si Kecil & Bunga lah! Bukan pe, ini julung2 kali Deqna anjurkan contest tau! Sebagai follower tegar, harus beri sokongan padu yang tidak berbelah-bagi untuk contest ni walaupun si kecilku tak berapa sihat.



Alolo.. comelnya Marissa Qaisara ni. Geramnye rasa nak cubit2 pipi montel dia tu!


Jom tengok syarat contest! Syarat2nya mudah sahaja:

1) Nak follow ker tak nak follow ker tak kisah. Sbb contest ini bukan bertujuan utk meramaikan follower. Contest ini just for fun.
Kita dah lama follow, sejak berkecimpung dalam arena blog lagi. Malah, blog NtahApeApeAje menjadi pilihan hati di List Blog Favourite!


2) Wat satu entry pasal contest ini. Senang ajer. Copy paste jer pun entry nie.
Sudah. Memang copy paste je pun :)


3) Mesti ada gambar si kecil dengan bunga. Ini adalah syarat utama. Tak kisah lah bunga betul ke bunga tiruan ker, asalkan bunga.
Of course! Bunga tiruan je.


4) Si kecil mestilah berumur tidak lebih daripada satu tahun. Sbb hadiah tu sesuai hingga umur 1 tahun. Setahun lebih sikit takpe kot.
Genap 9 bulan semalam.


5) Letakkan nama penuh si kecil di bawah gambar beserta tarikh lahirnya.
Lupa nak cakap si kecil mestilah seorang gigirl. Yelah gigirl barulah sesuai ngan bunga2 kan. Padahal sbb hadiah yg ditawarkan adalah utk gigirl.
Memang gigirl. "Tulen bang!"




Nama: NUR IZNI HASANAH BINTI FARIZAL

Tarikh Lahir: 6 JUN 2010



6) Tag 2 org kawan dan jgn lupa gitau kat mereka yg mereka telah ditag.
Siapa ye? Nak tag ~Juju~ dan ibu_qaleesya. Join cepat tau!


7) Tarikh tutup penyertaan ialah 7 March 2011. Memang sengaja tak nak buat lama2. Supaya korang wat contest ni cpt2.
Join jangan tak join!


8) Jangan lupa tinggalkan link entry korang kat ruangan komen di bawah ini. Kalau tidak mana aku nak tau yg korang join kan.
Done!


*Kasihan Hasanah walaupun demam tapi kena paksa juga bergambar. Good luck to u my lil flower!

Happy Birthday Izz!!! 2 Tahun Dah!

Salam,

Apa khabar pagi Isnin ni? Moga semua sihat dan ceria2 selalu. Maklumlah, hari Isnin selalunya hari 'mood lemah'. Dah 2 hari bercuti kan? Hehe..

Semalam 6 Mac 2011, genap umur Izz 2 tahun. Hoh yeh!! Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah kerana memanjangkan umur Izz, memberi kesihatan yang baik boleh makan dan minum dengan berselera, boleh bermain dengan cergas, boleh bercakap, menyanyi dan melompat tanpa memerlukan bantuan. Terima kasih Ya Allah kerana memberkati rezeki kami sekeluarga dan melimpahkan kasih sayang dengan banyaknya walaupun di saat gundah-gulana. Moga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhirnya. Amin...



Tidak seperti tahun lepas, tahun ni aku memang dah bercadang tidak mahu celebrate birthday Izz. Even beli kek makan2 among families pun aku rasa macam "Tak payahla". Nak sekalikan aje dengan birthday Hasanah bulan 6 nanti. Tak jauh pun gap, selang 3 bulan je. Jimat kos beb!

So semalam hanya lepak2 di rumah. Aku macam biasalah berhempas-pulas membuat kerja-kerja rumah, Farizal sibuk berperang dengan Izz dan Hasanah. Oh ye, demam Hasanah datang dan pergi. Bagi makan ubat, jelumkan kepala dan badan dengan towel basah, demam dia kebah. Tapi 4-5 jam lepas tu badan dia panas balik. Macam tu lah 2 hari ni. Bila demam kebah, bukan main aktif ketawa mengelekek tayang gigi 2 batang. Panjat sana sini, merangkak 1 rumah. Bila demam huhu.. sedih, lemah lesu je badan. Last bagi ubat malam tadi, pagi tadi bangun tidur tengok2 badan dia ok tak panas. Mintak2 biarlah sembuh terus. Tak sampai hati tengok keadaan dia.

Okeh berbalik semula kepada cerita Izz. Petang semalam, Along call bagitau nak singgah rumah. Nak pulangkan bantal katanya. Aku pulak memang dari sehari ke sehari nak ke rumah Along (selepas dia berkahwin ni). Bukan apa, ziarah-menziarahi kan amalan mulia. So tanya Farizal dia pun ok. Hasanah pun nampak sihat. Maka lepas solat Maghrib berbondong2lah kami ke rumah Along di Bukit Tinggi. Ala.. takdela jauh sangat dari rumah aku, naik kereta dalam 15 min dah sampai.

Sampai2 je rumah Along, terkejut u ols! Kemas dan bersih! Sebelum ni rumah bujang kan, what do u expect? Sejak ada isteri ni, alhamdulillah.. sejuk mata memandang. Seronok berkunjung ke rumah Along kali ni sebab dah ada bunga sebagai penyeri. Dah ada geng untuk borak2. Dah ada suri untuk layan tetamu datang. Hihi.. Siapa? Mak Long Izz lah. Tak sangka mereka belikan kek untuk Izz. Dia tahu bithday Izz 6 Mac. So, dari tak nak celebrate, ter'celebrate' jugak. Orang belanja, sukacita jelah kan. Tak payah cakap banyak, layan gambar je k.


Gambar terakhir gambar muka kami tersenyum kekenyangan (esp abah senyum sampai terpejam2 mata). Terima kasihla Pak Long & Mak Long sudi celebrate untuk kami, eh untuk Izz. Hehe.. Walaupun cuma small cake, simple menu & cuma kita berenam tetapi ia tetap meriah di hati kami. Thank you, thank you, thank you so much!

Kami doakan Pak Long & Mak Long murah rezeki dan cepat2 dapat baby. Hihi... Jumpa lagi Mak Long and Pak Long!

Sunday, March 6, 2011

Chicken Pox


Kok.. kok.. kok.. kok.. ada budak sudah kena chicken pox da..




Alahai.. lemahnye badan. Demam ye dik, kasihan...



Sabar banyak2 ye dik. Sikit hari lagi baiklah, insyaAllah. Kita doa pohon dari Allah ye. Mintak adik cepat sihat dari demam, cepat sembuh dari Chicken Pox.



What is Chicken-Pox???

Chicken-pox is an infectious and contagious disease caused by the Varicella-zoster virus. It can be easily spread through contact with fluids from chicken-pox blisters or the inhalation of air-borne droplets that contain the virus when a person who has chickenpox coughs or sneezes.

Children usually develop mild fever and itchy, fluid-filled blisters on their skin. In adults, the disease is more intense and severe.


*Camne nak join contest Si Kecil & Bunga ni dik?

Friday, March 4, 2011

Tag: Lagu Yang Bukan-Bukan

Pagi tadi sementara menanti breakfast hadam dalam perut sempat aku blogwalking ke blog2 peberet. Singgah ke blog kawan lama masa praktikal dulu, Cik Norimaliza atau aku lebih suka panggil dia Kecik. Kenapa Kecik? Tengok fizikal pun tahu. Walaupun kecil tetapi hati besar tau!

Baca entry dia yang satu ni Tag:Lagu Yang Bukan-Bukan rasa terpanggil nak join sama. Hihi.. zaman kita kecil2 dulu memang banyak kan lagu2 tradisional yang ditokok tambah sendiri. Yelah, masa kecik dulu mana reti tulis lirik bagai. Dengar orang menyanyi kita pun ikut menyanyi. Tah betul tah tidak. Tak peduli pun. Janji bunyi lebih kurang sama! Hihi.. Jom dengar lagu versikus pulak.

Lagu Pertama

Assalamualaikum
Kum apa.. Kombat
Bat apa.. Batman
Men apa.. Mentol
Tol apa.. Tolak
Lak apa.. Laksa
Sa apa.. Sepak
Pak apa.. Pakcik
Cik apa.. Cicak
Cak apa.. Cawan
Wan apa.. One Two Three Four Five Six Seven Eight Nine Ten (fuh penat taip)
Ten apa.. Tembak!!!

Lagu tu sepatutnya habis di situ. Di mana pemain menembak rakan masing2 sehingga mati (kononnya!) Tapi sebab otak aku zaman kecik2 dulu tak puas hati dengan kematian partner, aku menokok tambah lagu tu.

Ten apa.. Tembak!
Bak apa.. Bak duit! (wah, kelihatan sedikit materialistik di situ)
Duit apa.. Duit raya
Raya apa.. Raya Haji
Haji apa.. Haji Bakhil (pengaruh P.Ramlee sangat hebat)
Bakhil apa.. Bakhil KEDEKUT!!!

Terhenti di situ! Tak tahu dah nk sambung perkataan apa lepas kedekut tu. Hehe.. tah pape je kan. Bak kata Kecik, tak berkaitan langsung. Who cares?

Lagu yang ke-2, aku belajar masa menghabiskan cuti sekolah di rumah sepupu di Kajang. Lagu ni nyanyi masa nak undi keluar pemain (untuk main kejar2 la biasanya) Rapatkan semua kaki pemain bentuk bulatan. Pastu sorang tunduk mencangkung dan tunjuk kaki masing2 guna jari telunjuk ikut pusingan. Eh masa tu tak kisah pun nak usik kaki kawan2 kan? Takde pun rasa geli ke haper. Walaupun masa tu masing2 dah banjir peluh yang confirm busuk masam. Hehe..

Mari perdengarkan lagu ini.

Lagu Kedua

Sang kancil keluar
Kalikulaka
Kapodepode
Iyya jenggut!

Apa maksudnya ek? Ada sesiapa tahu?

Lagu kat bawah pulak adalah lagu yang sering dimainkan secara beramai2. Syok wo. Very fofular ini game. Siapa tak tahu meh nak tarik telinga.

Dengar aku nyanyi dulu (korang bayangkan je la)

Lagu Ketiga

Jan jan jala.. jala itik jala ayam
Di mana lubang kancil, seratus lima puluh
Panggil Cik Lela makan pulut sirih pinang
Cik Lela junjung! Cik Lela junjung!!!

Apakah ertinya semua ini? Tak faham.. tak faham. Hehehe! Korang.. jom kita sama-sama ajar anak kita lagu2 ni. Yang pernah menjadi siulan kita masa zaman kecil2 dulu puluhan tahun yang lampau. Jangan hilangkan memori zaman kanak2 kita dulu. Jangan luputkan lagu2 tradisional kanak2 (walaupun banyak salah dari betul) di minda anak-anak generasi sekarang. Hehe.. patriotik sungguh!

Lagu terakhir sebagai penutup.

Lagu Keempat

Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
Enjit enjit semut.. sape sakit naik atas
(tiada kaitan dengan cerita HKLBR tau)

Motif lagu ni ulang2 sampai bila nak habis? :P Kalau main permainan ni mesti aku cubit tangan geng sekuat2 hati. Kalau boleh nak sampai tersiat kulit. Yelah, dorang pun cubit aku kuat2 gak. Mana aci? (estet...) <- salah satu jawapan klise zaman kecik2 dulu.

Apepun bila terkenang zaman kanak-kanak terasa sungguh begitu cepat masa berlalu. Bukan boleh kembali ke zaman lampau. Memori jelah jadi pengubat hati. Wahai kawan2ku zaman kecil sekalian.. di manakah anda?

Tata titi tutu..

Thursday, March 3, 2011

Bilik Siapa Bersepah Ni?








Eh eh.. ada model pulak tengah guna phone ye?


Argh... bila nak kemas bilik??????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!