Thursday, June 7, 2012

Children's Kitchen Food Stand Toy Play Set with Register, Dishwasher and Accessories


 










Product:

Surprise your child with a fun kitchen toy play set. This toy set consists of a kitchen set up including an dishwasher. With plenty of accessories such as pots and pans as well as utensils and food, this play make up toy set is great for role playing. Let your little one enjoy the pretend play and encourage their imagination to soar with this toy set.
Brightly coloured, your child will be ecstatic and will spend hours at this kitchen play set. Complete with a cash register, dishwasher and plenty of food accessories, your child can really feel the lunchtime rush at this kitchen food stand.
*Note: Choking Hazard: Small parts. Not for children under 3 years


Features:

  • Kitchen Food Stand Shop Playset.
  • Hours of Pretend Kitchen Play.
  • Encourage Imagination Play.
  • Pretend to Run a Food Stand Shop
  • Plenty of Accessories Including Food and Cooking Tools

 

Specification:

Product Dimension (L x W x H) 69cm x 33cm x 92cm approx
Recommended Age 3 Years Old and Above
Package Content Dishwasher.
Cash register.
Play money.
Shelving.
Hanging hooks for utensils.
Pots.
Play food.
Saucers.
Cutlery.
Package Dimension (L x W x H) 69cm x 51cm x 18cm approx
Package Weight 4.4kg approx


Retail Price: RM120
3 Days Promotion: RM100 only (without postage)
 Available Stock: 1

Wednesday, April 18, 2012

Jom Beli Soft Toys

Salam,

Busy betul akhir2 ni. Busy dengan kerja pejabat yang tak pernah habis, busy dengan kerja rumah yang tak pernah selesai dan busy dengan bisnes yang insyaAllah kalau boleh biorle berpanjangan sampai bila-bila. AMIN...

Btw aku dah upload gambar2 di  bawah ni di facebook, tapi nak upload jugalah di sini. Mana2 yang tak add aku di facebook bolehla tengok soft toys yang aku jual. Mana2 yang belum add aku silalah berbuat demikian cepat2 ye sebab banyak preloved soft toys yang cantik2 dan masih tiptop aku jual dengan harga yang sangat sangat sangat murah! Rugi korang terlepas peluang keemasan macam ni. So.... cuci mata dulu ye. Semua item masih available. Harga x termasuk kos penghantaran.


Dolphins & White Seal - RM25 for set
(produk origin dari Seaworld Gold Coast Australia)
 Kualiti 9/10


Big Blue Bear - RM20
(memang empuk dan sedap dipeluk)
Kualiti 8/10


Fluffy Doggie - RM15
(memang best gilerrrrr bulu dia bagai membelai manja gitu)
Kualiti 9/10


Dinosaur Ganaih - RM15
(tegap, kuat, kukuh dan agak besar)
Kualiti 9/10


Kembar Tapi Tak Serupa - RM20 for both
(saiz sederhana, fur in good condition)
Kualiti 8/10


Marie with Photoframe - RM20
(gebu-gebas sangat dan paling best ada soft photoframe. Boleh letak gambar u)
Kualiti 10/10

 I Love You Bear - RM15
(boleh kasi awek woh...)
Kualiti 9/10


Teddy Bear Pakai Romper - RM15
(besar dan sedap dipeluk)
Kualiti 8/10

Mereka yang berminat, roger di kotak komen ye! Penghantaran boleh dibuat ke mana2 sahaja dan caj postage akan dikenakan mengikut tempat.

Feel free to add me at facebook

Thank you :)

Tuesday, April 10, 2012

Kenangan Yang Terindah

Assalamualaikum wbt

Lama kan, aku x update apa2 dlm blog nih. Pagi tadi feeling macam nak dengar lagu lama-lama. Bila dengar lagu lama-lama ni mulalah feeling muda. Layannnnnn...

Siapa tak terkesan bila dengar lagu ni meh cakap dengan aku.


Memori silam kini hanya tinggal kenangannnnn yang terindahhhhh :)

(sekarang aku PA merangkap kerani kewangan, so upload sikit2 dah la yek)


Monday, March 19, 2012

Berniaga di Pejabat

Assalamualaikum wbt

Lama noh aku tak update blog. Busy yang amattttttt.... Apa pun syukur alhamdulillah, bila aku busy tu tandanya aku masih sihat walafiat kan? Selasa lepas ada Mesyuarat Agung PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia di Kompleks KPKK dan buat pertama kalinya ofis aku buat jualan booth. Selaku AJK PUSPANITA Jabatan, aku ditugaskan untuk menghandle bahagian booth ni. Memang suka tak terkira la kan, selain daripada boleh pilih nak jualan macam mana, aku pun boleh menyelit juga 1 nama. Biz preloved soft toys aku dilupa jangan. Hehe...

Farizal siap amik cuti untuk merealisasikan hajat kami. Takmo cite banyak, tengok gambar jelah ye.

Booth kami beserta jualan jus delima (member tumpang).

Syukur alhamdulillah, sambutan di booth kami pada tempoh hari sangat2 menggalakkan. Sampai tak sempat nak catat jualan dalam buku sebab masing2 datang serbu bagai nak rak. Terima kasihla korang ye sebab beri sokongan tak berbelah bagi. Hehe...

Masa meniaga tu jugak aku dapat  bertemu dengan kawan2 lama yang dah lamaaaaaaaaaaa tak jumpa. Antaranya Kak Leha & Kak Marniza (dua2 cikgu tau). Kak Leha memang part-time biz Mary Kay dan Kak Marniza pulak datang untuk jumpa Kak Leha masa tu. Kami bertiga dulu sama2 bekerja di SBU. Dorang cikgulah, aku cikgi jer. Hihi...

Kak Leha, Kak Marniza & aku (abaikan perut yang nampak GEBU itu ok)

Selain booth jualan, kami invite juga booth pameran dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan. Tak sangka juga dapat bertemu kawan lama, skulmet masa sekolah menengah dulu si Hadi yang menjadi pharmacist di situ. Kecik je dunia ni kan.

Start meniaga jam 9.00 pagi, selesai jam 5.30 petang. Berkemas2 untuk pulang dengan hasil keuntungan yang lumayan. Syukur.... 27 Mac ni ada Mesyuarat Agung Kementerian pula. di Angkasapuri. Adakah aku bakal membuka booth di sana? Nanti aku buat pengumuman ye. K lah nak siap2 g kerja. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum!

Friday, March 9, 2012

Preloved Soft Toys for Sale

Produk yang disajikan, kualitinya tidak harus diragui. Sesiapa ada anak kecik, teringin nak beli soft toys tapi harga pasaran agak mahal, di sinilah tempat paling tepat anda untuk membeli-belah :) Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak tersayang malah untuk anak2 teman ketika majlis hari jadi. Harga murah tidak membebankan, duit kurang melayang, suami bertambah sayang  ^_____^  Jom cuci mata.

Doodle Bear - RM15 (SOLD)
(Material cotton senang basuh, campak je dalam mesin dan putar)


 Elmo - RM30 (SOLD)

Big White Bear - RM15 (SOLD)

Pink Panther - RM10 (SOLD)

Punk Rocker - RM10 (SOLD)

Noti Girl - RM8 (SOLD)

Kalau berminat boleh roger di kotak komen. Penghantaran melalui poslaju juga diterima dengan caj pengeposan mengikut standard Poslaju Malaysia. Happy shopping!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!