Thursday, September 8, 2011

Sambutan Aidilfitri 2011

Salam semua,

(Amaran: Sila tarik nafas panjang2 sebelum membaca. Ini adalah entry sambutan aidilfitri 2011 sekali harung. Jika tiba-tiba mata berpinar, pening kepala atau terasa mual secara tiba2 anda dikehendaki berhenti seketika dan menyambung kembali bacaan selepas anda terasa lega. Harap maklum)

Korang... entry sebelum ni janganla suspens sangat. Gurau2 je. Mustahil aku nak kuburkan blog ni kecuali aku terkubur sama ^___^ Ramadhan lalu memang mood blogging ke laut perginya. Tak tahu mengapa, rasa lebih puas menyepikan diri. Padahal lebih puas stalk blog orang lain :)

Tapi... lepas raya ni, aku dah berjanji pada diri sendiri. Nak ceriakan balik blog yang bak kata pepatah diubahsuai ikut bahasa pantai timur "Hidup segan mati tak mboh". Asyik baca blog orang je, orang pun nak baca blog aku jugak. Kalau dah hari2 mengadap tajuk entry "Langkawi Trip 2011" je tak ke muntah hijau? Terima kasih pengomen2 setia di ruangan komen pada entry lepas, berkobar2 korang komen bagi semangat jitu, Mak Izz pun berkobar2 untuk terus menulis dan bercerita. Walaupun banyak merepek dari kerepek dalam balang kat rumah... tapi korang tetap sudi nak baca T..T *nanges sambil sedut hingus

Untuk tidak menghampakan permintaan kawan2/pembaca blog setia, Mak Izz akan kembali aktif. Dun wori! Korang doa2lah pasni aku dapat bos sporting maka rezeki mengupdate blog terbentang luas gitew. Tiada kekangan lagi insyaAllah...

Langkawi Trip 2011 bakal  bersambung kemudian. Moh kita dahulukan kisah aidilfitri yang baru sahaja berlalu. Kang simpan lama2 basi pulak (ceay.. padahal membasikan cerita adalah hobi masa lampau). Katakan tidak pada entry basi lagi! ^______^

Tahun ni alhamdulillah.. Allah SWT masih panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan kami sekeluarga untuk menyambut Syawal bersama-sama keluarga belah emak di Kuala Kangsar. Konsep bergilir masih diamalkan, jika tahun lepas beraya di Pahang (belah Farizal) tahun ni di Perak pulak la ye. Bertolak dari Jalan Kebun pada hari Ahad. Kali ni kami bertekad untuk pulang ke kampung mengikut jalan lama melalui Kuala Selangor - Teluk Intan - Kg. Gajah - Bota - Kuala Kangsar. Selalunya kami ikut hiway PLUS je. Kali ni nak ubah selera sikit, selain dari nak mengelak jem, kami juga nak singgah sebentar di rumah adik Farizal di Sungai Besar, Selangor (adiknya ada bengkel, so nak minta tolong gantikan absorber baru untuk kereta). Sementara kereta di bengkel, kami melepek melepak di rumahnya (atau rumah mertuanya).

Petang kereta siap! Perjalanan diteruskan ke Sungai Besar. Rasanya ramai yang sedia maklum apa yang seronoknya bandar Sungai  Besar ni. Kerepek2 adalah super sedap dan harganya jauh lebih murah banding di tempat lain. Tujuan utama menyinggah confirmlah sebab nak beli kerepek2 untuk dijadikan juadah jajan di pagi/petang/siang/malam raya :) 7 tahun lalu bandar Sungai  Besar ni dah jadi tempat wajib aku membeli-belah pada hujung minggu.  Maklumlah.. 2 tahun belajar di Politeknik Sultan Idris Shah di Sg. Ayer Tawar. Jaraknya ke Sungai  Besar 32km je. Haruslah henpon pakcik2/uncle2 teksi sapu menjadi hotline setiap hari Jumaat dicalling beratus kali oleh awek2 (sebab susah dapat line kat poli) untuk menjadi transportation utama ke Sungai  Besar. Hehehe...Bandar Sungai  Besar sudah berubah sedikit sebab terdapat 2 blok bangunan kedai 2 tingkat telah dibina. Ini bermakna Sungai Besar semakin maju (banyak kedai2 baru telah dibuka) Okla tu, seronok sikit budak2 poli keluar membeli-belah lepaskan tension belajar. Hikhik..

Kami buka puasa di restoran mamak (full house diknon). Dapat duduk pun tepi2 restoran je. Habis makan start meronda dari satu gerai ke satu gerai menjual kerepek untuk  memilih kerepek pilihan hati. Selain kerepek, ada juga jual kain baju, handbeg tiruan dan kasut bagai. Selain shopping kerepek, aku turut shopping samping raya untuk Izz dengan harga RM5 sahaja (sila nanges). Tahun ni memang aku tak plan langsung nak beli samping raya untuk budak ni, maklumlah kecik lagi. Takat pakai 10-15 minit pastu tanggal buat apa nak beli kan? Tapi memandangkan ramai yang bertanya "Tak beli samping untuk anak ke?"  Erm... bila dah beberapa orang dok menanya tu, terdetik pulak dalam hati nak belikan samping. At least pakai masa hari raya pertama je pun ok la kut. Harus cari yang paling murah agar tidak terasa rugi. Dalam kepala dah set, kalau jumpa samping betul2 murah baru aku belikan. Dah rezeki Izz agaknya, dapatla jugak samping seketoi dengan harga RM5. Haha.. jimat duit mak ko nak!

Malam semakin larut, hati menggedik2 tak nak teruskan perjalanan ke kampung terus. Konon2 suspen la ikut jalan lama sebab kali pertama mencuba. Maka check in di hotel murah di Sungai  Besar. Janji dalam hati pagi2 esok teruskan perjalanan ke kampung. Janji Melayu... pukul 10  baru terhegeh2 check out. Perjalanan really smooth tanpa sebarang cacat-cela (tarak jem wo) manyak best! Tapi 2 kali jugak kami terlajak jalan, terpaksalah patah balik mencari jalan pulang. Hihi.. pengalaman tu... Masuk je Kg. Gajah aku terus membuat taik mata sampailah ke Kuala Kangsar. Hahaha.. tido memang hobi aku kalo naik kereta. Dan nampaknya telah menjadi ikutan anak2 :P Tengah sedap terbungkang dalam kereta tu sayup2 aku dengar suara Farizal nyanyi lagu raya secara unplugged. Hahaha... (fyi radio kereta kami telah lama rosak hasil kerja tangan Izz masa kecil2 dulu) 

Sampai Kuala Kangsar matahari tengah terpacak atas kepala (pukul 12 la). Alhamdulillah.. sepanjang berada di kampung, cuaca adalah mendung tidak bererti hujan. Feeling lebih sikitlah. Park kereta di Arena Square tepi Sungai Perak untuk projek jelajah bazar. Hem.. hairan bin ajaib sebab tak banyak gerai2 bazar aidilfitri tahun ni. Ke manakah anda??? Tak puas hati.. tak puas hati. Farizal nak cari kopiah baru untuk pakai raya, ronda punya ronda tak jumpa yang berkenan di hati. Erm takpelah abah, nanti kita cari lain lah (atau pakai jelah kopiah tahun lepas tu) Hehehe... Sampai kampung jam 1 petang. Masa tu chef Yop (my cousin) sedang berhempas-pulas di dapur dengan Chik (mak sedaraku yang vouge iaitu adik mak) memasak rendang daging & ayam. 1 lagi menu adalah rendang udang (menu special untuk opah). Lemang dah siap masak, jadi mereka2 yang tiba lewat di kampung ni (aku dan lain2) tolong2 jelah apa yang patut.

Moh tengok entry bergambar pulak. Lagi feel kan?

 Malam raya. Main bunga api adalah 1 kewajipan. Izz sekadar melihat. Kiri, Zaid sepupu aku a.k.a pakcik Izz.

 Athirah yang sangat petah dan berani. Sepupu Izz (anak chef Yop) sebaya dengan Izz.

 Yang harus di'enterframe'kan selaku tuan punya kamera. Kat belakang tu laki sape noti pura2 taktau :)

2 beranak di pagi raya. Abah beraya dengan kopiah lama. Izz bergaya dengan samping barunya. Baju abah baju melayu tahun lepas. Izz baju baru (dalam ton warna yang sama) sebab baju raya tahun lepas Izz dah tak muat.

Pilihan tema sama macam kaler tahun lepas 'soft pink/peach' kes jimat punya pasal. Hasanah sorang kaler putih sebab aku tak buat baju kurung untuk dia, baju ni free dapat hadiah dari Achik (terima kasih Achik). Jimat-cermat amalan mulia ^___^

Ok memang tamak sebab letak 2 keping gambar :) Izz muka seposen sebab tensen kena paksa bangun pagi, kena mandi pagi dan kena pakai baju melayu lengkap bersamping. Izz tak pakai kopiah sebab kopiah 2 tahun lepas dah sempit, tak muat kepala. Oh ye sepit rambut Hasanah, Mak Long Izzah belikan (terima kasih Mak Long)
 Kak Ngah and family bertemakan alam sekeliling (hijo). Tengok mata Dian over! Kecik2 dah pandai bereyeshadow. Mak Teh dia dah pencen :) *pembaca sila pura2 tak  nampak baldi dan batang mop

Pagi raya abah ke masjid tunaikan solat sunat aidilfitri bersama ahli keluarga yang lain. Aku dan anak2 di rumah saje. Lepas balik dari masjid ramai2 menuju rumah Nyah Pijun untuk beraya. Setiap tahun wajibul raya rumah ni. Nyah Pijun adalah anak tunggal arwah Ayah Chik (abang sulung emak)

 My brothers. Dari kiri: Meer (21y), Hasanah (15m), En (27y) dan Yang (31y) Motif letak umur?

Keluarga  bahagia konon2. Sempat snappy before bertandang rumah Nyah Pijun. Abang Izz ni emosi manjang.

Anak dara ni bukan boleh pakaikan sepit rambut. Asyikkkkkk nak bukak. Aku rasa berpuluh2 kali jugak aku pakaikan lepas dia bukak. Last2 masuk beg je. Sabor Ji.. sabor! Kat belakang tu uncle (suami Chik).

Brothers (bukan kumpulan nasyid) bersama ayah. Eh takde gambar mak pulak raya tahun ni. Sori mak!

Jom jengah hari raya ke-2 pulak!

 Seriously aku tak tahu bila dorang bergambar grup ala Panca Sitara ni. Tergelak besar aku tengok gambar ni. Yang lawaknya mengapa Izz, Ammar dan Hasanah terbabit sama? Wakakakak!

Izz dan Ayah En nya. Sayang Ayah En especially bila Ayah En bawak Izz jalan2 naik motor.

Gelagat kanak2 bersukaria di pokok ni adalah di laman rumah Bapak (bapa saudara aku, adik emak) di Taiping. Rumah Bapak kecil, penuh dengan warga dewasa. Maka warga kanak2 harus mengambil angin di luar diketuai oleh ketua kanak2 iaitu Izzah (tudung pink) Hahaha... KIKA jangan marah i yer... :)

 Gambar macam cover album nasyid. Yang tampak kurus (he lost 25kg recently) OMG!!!~~~

Selepas beraya di rumah Bapak, kami teruskan perjalanan Kg. Perikan, rumah ayah angkat En. Lepas makan2 kenyangkan perut teruskan perjalanan ke destinasi akhir pada hari raya ke-2 iaitu rumah Opah Wan (adik opah) di Semanggol. Tak larat dah nak beraya lagi, aku tarik bantal terus baring depan tv tengok Momok The Movie. Izz dan Hasanah pulun main mainan anak2 Mak Emi (sepupu mak). Farizal duduk di luar mengambil angin petang bersama saudara-mara yang lain.

Gambar yilek!

Hari ke-3 raya pulak.

Hari terakhir kami di kampung untuk Syawal 1432H. Sudah tiba masanya untuk kami bertolak pulang. Farizal kerja keesokan harinya. Inilah nasib pekerja swasta. Sesape kerja kerajaan (bukan post kritikal macam polis, doc, nurse etc) sila bersyukur banyak2. Sebelum pulang sempat photoshoot di halaman rumah opah yang menghijau.

Macam2 aksi. Tertungging2.

 Yang ni pun. Terteran2. Ops!!!

Mesti ada gambar pose model depan rumah opah :) Adik2 semua jangan main mercun tau. Nanti akak tibai sorang2!

(akak kerrrrrrrrrrrr???)

Berakhirlah kisah raya kami. Kisah pulang ke KL takmo cite la nanti tah pukul berapa baru aku dapat publish entry ni. Apepun...... Mak Izz nak ucapkan.........

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Panjang umur kita jumpa lagi pada Syawal 1433H ^_____^


Wednesday, September 7, 2011

Salam Idulfitri


Assalamualaikum wbt!



Ehem.. ehem! (pura2 sakit tekak) 

Ada sesiapa teringin nak dengar cerita raya saya?
Atau mungkin nak tahu sambungan cerita cuti2 Langkawi?
Kalau ada sila hantar komen di sini.
Sebab tuan blog dah jumpa hobi baru sekarang.
Takut blog ni terkubur begitu sahaja.
Sila tambahkan semangat saya!
Untuk cerita2 baru dan segar hanya di blog Mak Izz Menulis (ok mmg poyo)

Pesanan penaja:
Komen mesti ikhlas tawwwwww... ^___^

Thursday, August 25, 2011

Langkawi Trip 2011

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Hopefully sihat2 aje. Maklumlah akhir-akhir Ramadhan ni ramai yang tak berapa sihat. Demam.. Batuk.. mungkin sebab dehidrasi air (sebab kurang minum air) dan batuk sebab terlalu banyak minum ais. Hehe.. diri ni pun tak terkecuali juga bab batuk tuh. Tapi alhamdulillah dah beransur ok :)

Hah tetiba tajuk entry Langkawi Trip 2011 ye? Angin tak, guruh tak, tiba2 hujan (sekadar perumpamaan). Hujung bulan Julai lalu kami sekeluarga berkesempatan melancong ke Langkawi. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk kembali menjejak bumi Langkawi selepas berhanimun di sana pada tahun 2008 lalu. ^___^. Istimewanya kali ni perjalanan kami disertai oleh anak2 (we're so happy walaupun penatnya boleh tahan). Kalau dulu aku & Farizal ke Langkawi dengan menaiki keretapi (almost 12 hours journey) *konon2 romantik. Tapi kali ni kami menaiki flight. Sejam je dah sampai. Yeahhh... tak sempat penat dan boring. Izz sangatlah happy walaupun pada awalnya takut2. Si Hasanah muka selamba badak dia jelah, bukan faham lagi naik flight ni.

Kali ni tak nak buat entry berepisod (walaupun dalam hati NAKKKK sangat). Sebab masa terlalu mencemburui aku (den takdo maso nak update dari rumah) Gambar2 adalah sekitar perjalanan dan percutian kami di Langkawi. Moh tengok. *Tengok gambar sambil baca caption, baca caption tau jangan tak baca :)

 Dalam bas dari KL Sentral ke LCCT. Dua2 teruja sebab FIRST TIME  NAIK BAS. Hehe..

Hah ni dekat stesen LRT BTR. Baru nak bertolak. Patut gambar ni dulu baru gambar atas. Izz teruja as usual "Mak, ketapi.. ketapi"

Merakamkan gambar kenangan di LCCT sebab "Entah bila lagi nak sampai sini" :(

"Kapal terbang..." Wah Izz berjaya sebut kapal terbang tanpa pelat *vanggah*

Kami menginap di Rumah Penginapan Persekutuan (RPP) di Federal Villa sebelah Holiday Villa, Pantai Tengah. Memang dah plan awal2 nak menginap di sini sebab bayarannya teramat murah. Untuk kami ber-4 caj menginap 1 malam adalah RM55 sahaja. 4 hari 3 malam total RM165 (murah yang amat). Facilities lengkap macam hotel lain juga. Jimat weh :)

 Pemandangan dari luar. Bilik kami kat groundfloor. Senang! (padahal dalam hati takut2 juga dapat tingkat atas, bukan apa jenuh weh bawak anak kecik. Hotel 3 tingkat macam ni mana ada lif.

Lebih kurang gini rupa bilik hotel. Takde amik gambar pun sebab tak sempat. Busy melayan karenah  budak2.

*Kedua2 gambar penginapan ihsan google

Hari pertama kami berjalan2 ke Makam Mahsuri. Bayaran RM5 untuk orang dewasa. Budak2 free.

Flying without wings :P

Relax je bergambar kat makam. Izz siap sebut "Mak takut... takutttt.." Aku tanya takut apa? Dia jawab "Batu" Pergh....!!! Pandai pulak budak ni tau tempat ni kubur. 'Batu' stand for 'batu nisan'. Pergh...!!! lagi sekali. Hehe..

Dengan abah pulak. Wajah riak nampak. Oh ye, hari pertama kami di Langkawi adalah harijadi abah. Happy belated birthday my dear! Yang ke-?? Korang tekalah ye. Yang pasti dia tua 5 tahun dari aku (ok dah dapat teka)

Beraksi jakun di telaga Mahsuri. Sejuk giler air ni. Shiok ma. Tersingkap kain kenangan masa kecik2 dulu. Izz pun jakun 1st time jumpa telaga.

Family portrait (mengapa harus mencangkung?) Objek rumah lebih penting dari subjek (kami la tu). Sabor jelah...

Selepas berhempas-pulas di Makam Mahsuri, kami teruskan perjalanan ke Pantai Tanjung Rhu di Utara Langkawi. Dulu masa hanimun tak sempat jejak sini. Kali ni dah sampai, alhamdulillah... Seronot tak terkata (mak dan abah Izz la).

View sangat cantik, kedai makan sangat unik, menu pun boleh tahan sedap. Mak Izz mata sepet muka sememeh. Biar sememeh jangan sememek (larikkkkkkkk....)

View di Pantai Tanjung Rhu. Sangat indah ok. Tapi kami tak bermandi-manda pun sebab tak bawa baju spare & memang takde niat nak mandi pun. MALAS!

Makan2 di tepi laut. Menu sederhana sebab ketebalan isi kocek pun sederhana. Hanya order nasi putih, tomyam campur, telur dadar dan air kelapa muda. Harga adalah murah.

Pantai Tanjung Rhu dinamakan sedemikian kerana banyak pohon rhu di sini. Sangat ohsem tau, macam iklan Salem (nasib takde kuda je) Hahaha... Hasanah togel bahagian atas sebab  boleh dia bantai muntah tercekik nasik. Saborrrrrrrr...

Menikmati pasir dan kawasan pantai.

Balik dari pantai, singgah di pantai lain pulak. Pantai Pasir Hitam tapi di sini kami tak ke laut (sebab penat). Hanya berhenti seketika dan menjamu mata melihat barang2 perhiasan, kain  baju dan cenderamata yang dijual di sini. Adalah beli beberapa barang sikit dari sini.

Pantai yang ketiga, Pantai Tengah. Betul2 belakang hotel, jalan kaki 5 minit dah sampai. Masa ni Farizal yang bawak budak2 berjalan. Aku kat bilik berdengkur pengsan.

Suka pasir, suka pantai.

"Isk bila abah nak bawak aku mandi laut ni????"

Si kecil tanpa ibu (di bawah jagaan bapa) pasir ibarat permaidani mewah. Balik bilik dua2 penuh pasir. SABARRR JELAH! (sengaja capslock)

Malamnya pulak... alamek. Tak sempat da nak upload gambar lagi. Esok lusa aku upload lagi gambar ye. Dari tak nak berepisod, berepisod jua. Hahaha...

Jumpa lagi di entry akan datang! I'll try to finish it (yolah tu) ^___^

Friday, August 12, 2011

Rumah Contoh di Ulu Bernam

Kunjungan  beberapa minggu lepas ke sebuah rumah contoh di Ulu Bernam membuatkan aku taksub dengan gandingan warna kelabu,  putih dan hitam sebagai tema hiasan dalaman. Untuk rumah sendiri, rasanya belum boleh lagi nak praktikkan. Cat di dinding masih baru (walaupun baru tapi dah ada juga hasil lukisan mural Izz). Maka mungkin idea  ini boleh dikongsikan kepada insan-insan yang sedang pening hendak memilih warna apa sebagai warna konsep rumah mereka.

Jom cuci mata!

 Sofa putih memang menarik perhatian tapi tak berapa praktikal kalau ada anak-anak kecik. Nanti menangis siang malam sofa kotor T-T


 Suka betoi dengan meja kopi bulat krom hitam ni. Siap ada bangku kecik kaler putih auwww! TV macam bahaya kan letak macam tu. Buatnya anak tarik terhempap kelepek! Perhatikan carpet berwarna dark brown, sesuai pulak digandingkan dengan warna putih dan hitam.


Feature wall berwarna kelabu. Carpet kelabu. Dinding putih. Meja makan hitam dan kerusi putih (eh apsal nak cite ni? Kan orang boleh tengok sendiri?) Tak kira  nak cerita jugak :P Gandingan warna yang mantap! Lampu berderet 3 ketoi tu memang i loike...


 Lampu gantung di ruang tamu (atas sofa putih tadi). Cantik ala zen.


 Master bedroom. Rumah ni kecil je maka master  bedroom pun kecil juga. Loike warna olive green for feature wall. Selebihnya putih untuk menjadikan bilik ni kelihatan lebih luas.


Dressing table warna putih jugak. Kerusi warna kelabu. Sheer curtain warna dark grey. Santek. Dereten lilin gemuk sebagai deko.


 Putih and olive green gak untuk bilik tidur ke-2. Pergh....


 Bilik ke-3. Katil bujang yang comel yang amat (sebab kaler putih kan). Bestnya kalau zaman remaja dapat bilik macam ni   ^__^


Siap dengan meja study yang alahai.. comei  momeinya.  Harus belajar dengan tekun sehingga berjaya mengjadi seorang doktor. Dah nasib tak dapat bilik macam ni maka....


 Masa tengok bunga ni pertama kali rasa suka sangat macam nak gigit2 kunyah2 tapi nasib baik sedar diri aku bukan lembu (walaupun saiz dekat2 dah tu). Bila pergi IKEA tengok dorang ada jual bunga ni macam2 kaler u! RM3 je sekuntum. Jom pergi IKEA!


Ya Allah... dapur yang sangat comei  momei gak... Suka! Suka! Hari2 masak rendang rusa kalau dapat dapur macam ni :)


 Laman astakona bedolah (abah Izz sila contohi)


Pandangan rumah dari hadapan. Jaga ni baik sangat tau, walaupun masa kami sampai tu dia tengah tidur tapi terus bangun laju2 jalan bukak pintu pagar bila kami kata nak tengok rumah. Suka kan?

Cantik kan rumah ni? Borak-borak dengan abang jaga tu katanya rumah contoh ni dah ada orang beli. *hampa* Fully furnished 150k je.

150k je???? Ok terus pitam!


Mak Izz Kembali Menulis

Assalamualaikum wbt semua!

Ada sesape rindu tak? Jangan tipu. Genap 2 minggu aku tak update sebarang entry sudah 3 orang yang bertanya.

"Mengapa tak menulis dah?"
"Akak.. bila nak update entry?"
"Eh apsal ko tak update blog?"

Sambil tersenyum aku menjawab "Busy la yunk!" <-- jawapan bajet bagus. Eyhhhhhh... kira ok la tu 3 orang. Daripada takde langsung? :P

Ok2 sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, tak kiralah dah hari ke-12 ke haper, aku nak ucapkan selamat berpuasa la kepada semua rakan2, akak2, adik2, untie2, abang2 (nak jugak) di luar sana. Bulan puasa ni kita kena banyak beribadah (sebab tu aku tak update sejak muncul bulan Ramadhan) padahal.... blogwalking x hengat ^___^ Jangan buat perkara2 lagho yang mengurangkan pahala puasa ok! pandainye nasihat orang :) Mudah2an Ramadhan kali ni kita perolehi pahala amalan yang berlipat lipat lipat kali ganda. Tak semestinya perut je kena berlipat (ini untuk mereka yang bersaiz XXL ke atas ye)

11 hari berpuasa ni, aku baru berkesempatan 3 kali je berbuka di rumah sendiri. Selebihnya di rumah mak, di kampung dan di luar (sehari jela buka kat luar). Rumah di Klang, kerja di KL, hantar anak2 di Cheras pukul berapa je aku nak sempat sampai rumah dan memasak untuk juadah berbuka. Apapun alhamdulillah... masih dapat juga memasak bila berbuka di rumah sendiri. Terima kasih banyak2 abah Izz sebab rajin membantu :)

Selain daripada abah Izz, tentu2lah anak bujang kesayangan yang hobinye 'mengemas' juga turut sibuk2 di dapur semasa kami sibuk memasak. Tak percaya?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



 Sejuk perut Mak Izz ^___^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!