Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt

Setiap tahun pada hari ini 16 Mei semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, dan semua yang bergelar pendidik akan menyambut Hari Guru! Sangat istimewa hari ini. Jika melihat seseorang itu sangat berjaya dalam kehidupannya, sangat sempurna sahsiah akhlaknya, pasti hati kita akan terdetik siapakah ibu bapanya? Siapakah gurunya? Betapa pentingnya impak seorang guru itu kepada seorang manusia selepas ibu bapa. Tanpa guru... siapalah kita pada hari ini  ^__^

Entry ini adalah autopublish. Dikarang siap2 semalam sebab tahu hari ni aku pasti sibuk tidak menang tangan dengan kerja hakiki di pejabat. Entry kali ini aku ingin memberi ucapan yang teramat istimewa kepada guru-guru yang pernah mendidikku sedari kecil sehinggalah dewasa.

Selamat Hari Guru

kepada

bekas guru-guruku semasa di :-

Tadika KEMAS Lorong Mewah
SKBTR (1)
SRA Rakyat Lorong Mewah 14
SMKBTR
Kolej Chermai
Politeknik Sultan Idris Shah

dan tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan rakan2 terapat yang turut bergelar guru :-

Along dan isteri, Kak Ayu
Yang
Mak Yong
Kak Eja
Awatif
Guru-guru di SMKSBU

Selamat Hari Guru juga kepada semua warga pendidik di luar sana. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan hadiah dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya! Selamat berbahagia di hari yang mulia ini :)



Tanpa guru, tidak mungkin pingat emas ini terkalung di leherku :)

TERIMA KASIH CIKGU!!!


Sunday, May 15, 2011

My 1st Photoshoot

Assalamualaikum wbt

Geli-geleman tak baca tajuk entry? Aku yang berphotoshoot pun geli-geleman apatah lagi korang kan. Sabor jelah dengan karenah Mak Izz. Jom tengok gambar Mak Izz berphotoshoot. 1st time in my life occay!


Mak Izz gaya tudung Hana Tajima tapi diubahsuai jadi gaya Hana Tamaji



Ilusi optik kah? Abaikan kedut2 di baju, mangkuk tingkat cina dipilih sebagai props


Posing sisi memperlihatkan saiz sebenar tuan punya badan. AWAS! Jangan posing begini jika tidak punya keyakinan yang tinggi :)




Nah amik mangkuk cina ni sebagai hadiah! 




Gaya sopan dari Mak Izz khas untuk semua (sila jangan muntah)



Mak Izz Raffali? Pegang gitar macam pegang senapang


Hahahaha... penat tau aku gelak guling-guling pas tengok gambar2 ni. Actually ada 54 keping sume gambar yang dishoot tapi aku pilih2 je letak kat sini. Nanti letak banyak2 korang jealous pulak :p

Pengalaman semasa photoshoot:

Ya Allah.. tak tahu nak cakap macam mana (eh nape cakap bajet new artist nih?). Kekok gilababas alagapas sebab tak pernah photoshoot. Pulak tu sedar diri tak cantik, sebesar2 alam pulak tu, maka main bantai saje. Gambar hodoh sangat banyak (saje tak nak letak kat sini tak nak korang kutuk) Terima kasihlah kepada kawan2 photographer yang bersusah-payah mengambil gambarku yang 'kayu dan pembaris' ni. Penat korang tolong ajar cara pose, tapi tetap tak  menjadi. Aduhai.... apepun korang memang photographer yang SUPERB!!!

Tujuan photoshoot:

Tak lain tak bukan sebab nak join contest Kak Neena gojes. Gambar untuk dipertandingkan akan dipilih kemudian sebab jantung masih berdebar2 kesan terkejut dengan lighting dan flash dari kamera SUPERB oleh photographer SUPERB.



So korang... HOW DO I LOOK???

ok tak buat photoshoot camni lain kali?

Wednesday, May 11, 2011

::CONTEST:..Ape Tema Nye Eh!?::


Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera!

Firstly nak ucap tahniah dekat my BFF, Umi Rayyan yang telah berjaya menganjurkan contest rasminya yang pertama. *clap clap* Bravo kawanku! Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, maka selaku BFF aku ingin menjadi peserta pertama!

Setelah memerah keringat dan fikiran dan jari-jemari meng'google' image. Aku telah memilih tema "White Shirt with Jeans" untuk tema photoshoot mereka. Rasa macam cool je! 


FK kalau pakai white shirt ni dengan jeans fuh!




Ummi Rayyan kalau pakai gini, Katie Holmes pun kalah. Tapi jeans tu kena longgarkan sikit eyh! Tudung jangan lupo!


Rayyan comel, nanti photoshoot jangan lupa kancing butang baju tau!


Amacam suka tak? Sekadar membantu dari segi idea. Mungkinkah idea peserta lain lebih mantap??? Jom join ramai2 mana tahu rezeki korang yang menang! (dalam hati "Oh Encik FK, tolonglah pilih tema saya!) *wink wink

TARIKH TUTUP:

22 Mei 2011 jam 10.00 malam

Aku nak tag blogger2 kental di bawah. Sila join contest ye!


Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

Kek Hari Ibu kami untuk 2011




Assalamualaikum wbt semua!

Perasan tak kek tu icingnya tidak berapa sempurna. Emak teruja sangat kemas2 meja nak letak kek sampai terkena icing. Riuh mulut aku menceceh. Pastu mak cakap "Ala biarlah... nanti nak makan juga". Betul gak tu. Lagipun kek tu kan kek untuk emak. Hehe.. Tahun ni kami merayakan hari ibu di rumah ayah di Behrang, Tanjung Malim. Tapi bukan semua adik-beradik yang dapat join. Cuma keluarga aku dan keluarga Kak Ngah je. Btw kek tu Kak Ngah yang sponsor. Kami tukang makan je :)

Kepada emakku, Cik Ton (panggilan jejiran di BTR) ku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menjadi ibu yang tiada tandingannya walaupun dirimu garang pada zaman mudamu. Kerana kegaranganmu itulah menjadikan aku seorang anak yang baik, baik dan baik :)

Kepada kakakku, Kak Ngah mummy kepada Dian dan Ammar, ku ucapkan semoga hari ibu yang kita sambut bersama di kampung ini menjadi acara tahunan kita bersama. Dan aku juga turut mendoakan agar kau sentiasa menjadi mummy yang terbaik buat anak2mu.

Kepada diriku, ku ucapkan Selamat Hari Ibu yang ke-2! Tak sangka sambutan hari ibu ke-2 disambut dengan 2 orang anak. Memang murah rezeki :) Tahun lepas takde langsung orang nak ucap Happy Mother's Day kat aku tapi tahun ni alhamdulillah ada 3 orang. Siapakah mereka? Biarlah rahsia :p

Kepada anak2ku Izz dan Hasanah, mak tahu korang belum pandai cakap lagi. Walaupun berpuluh2 kali mak ajar Abang Izz sebut Selamat  Hari Ibu tapi Abang Izz tetap tak pandai sebut, takpe mak maafkan. Semoga sambut Hari Ibu ke-3 nanti Abang Izz dah pandai sebut & mana tahu masa tu kut2 Hasanah pun dah pandai sebut. Bukan ke anak perempuan lebih petah mulutnya?

Kepada ibu mertuaku Mak Siti yang berada di KG3, selamat hari ibu jua. Tanpa dirimu, siapalah suamiku.. Moga mak sentiasa sihat2 sejahtera!

Kepada suamiku, walaupun aku bukan ibumu, tapi apa lah salahnya kalau kau ringan2kan mulut menyebut "Selamat Hari Ibu" kepadaku. Aku kan ibu kepada anak2mu?

Eh tetiba kan. Hehe.. Peace no war bang!!!

Oklah nak tidur. Selamat malam semua, assalamualaikum!

Wednesday, May 4, 2011

Inner Tu Saya Punya!

 Seminggu menghilangkan diri tiba2 muncul kembali dengan tajuk super berlagak lagi riak. Wakakak! Tajuk entry tiada kaitan dengan mana2 tokei inner di Jalan TAR mahu pun di Butik Arzu KLCC. Tajuk entry adalah semata2 ingin menyertakan diri yang somel gebu ni dalam contest Inner Tu Saya Punya!

Jangan cakap banyak, marilah paksa baca dan paksa dengar ayat2 simpati dari mulut aku

::baca dalam mood sopan::

Saya merupakan pemakai hijab setia dari usia 13 tahun hingga sekarang. Dari fesyen tudung tiga segi hujung bucu ada bunga ros kecik sampaila sekarang fesyen selendang/shawl macam2 rupa, macam2 gaya. Dari rupa selendang Ibu Halimah Jamu Mak Dara sampailah ke gaya belit-belit putar belit Hana Tajima. Pelbagai evolusi tudung telah saya lihat dan cuba (mana yang sesuai je). Walau bagaimanapun, tidak kiralah semacam fesyen apa tudung yang anda gayakan, material apa tudung yang anda gunakan, yang penting syariat MENUTUP AURAT ditepati 100%. Tidak ada kompromi ok! Fesyen2 jugak tapi jangan sampai hukum yang wajib dibuat tak tau aje :) Eh eh macam sudah lari tajuk je. Ok2 back to the point. Kenapa Inner Tu Saya Punya!??? Sebab saya MEMANG NAK SANGAT inner2 tu. Saya belum ada lagi koleksi inner syria cotton
ni. Maka... haruslah merebut peluang untuk dapatkannya secara percuma. Mana tahu bila dah pakai cantik macam Kate Winslet ke (Kate Winslet pakai tudung kah?)

Untuk melengkapkan syarat contest meh tengok gambar aku yang paling ayu bertudung.
*jenuh nak cari  gambar nampak ayu sebab memang tak ayu*


Wajah ayu kah ini? Macam wajah minta pelempang je :)

Masa ni aku pakai selendang tritone, (warna kuning, ungu dan biru) untuk digandingkan bersama baju kurung moden saya yang berwarna biru. Inner adalah inner awning dari arked Jalan TAR. Suka inner jenis awning sebab sedar diri muka bulat macam bulan penuh, maka dengan memakai inner awning bisa membujur sirehkan sedikit wajah tembamku.Bagaimanapun dalam hati teringin sangat mencuba guna inner syria cotton seperti di bawah, cuma belum tercapai hajat lagi ingin membeli. Mungkinkah hajat aku tercapai dengan memenangi contest kali ni? Hanya Puan Zetty yang boleh menjawabnya.


Inner syria cotton hadiah untuk contest ni!


Apa lagi kawan2, akak2, adik2, untie2, moh join contest moh! Tarikh tutup 7 Mei 2011.

Dengan sukacitanya aku mengetag sepupu dan BFFku untuk turut serta dalam contest ini.

Khairina Izzah
Roskhadijah

Join tau korang!

Syarat penyertaan dan maklumat lanjut KLIK SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!