Tuesday, March 15, 2011

Sedih.. Siapa Pedajal Aku?

Hari ni terasa malu bila ke mana-mana. Even naik lift pun rasa diri tu macam argh... kenapa aku kena naik lift? Kenapa perlu berhadapan dengan orang ramai? Kenapa perlu berdiri sebelah menyebelah dalam keadaan yang sangat rapat dan penuh sesak?

Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaa? (buat bunyi ala2 bergema). Huhu.. aku sedih hari ni. Mood aku tidak berapa ceria. Sudahlah perasaan malu itu wujud selepas jam menginjak ke tengahari. Apa salah aku? Apa salah aku korang perlakukan aku begini? Kenapaaaaaa?


Perhatikan betul2. Nampak tak? Nampak takkkkkk?

Kalau kurang jelas meh nak tepek sekali lagi.


(Lihat dalam bulatan itu) Tak tahulah sape yang conteng tudung aku!!! Guna pen pulak tu. Sedih... tragis... malu... Aku tak sedar langsung tudung aku ni diconteng sehinggala sorang officemate tegur pasal tudung aku kotor kat bahagian belakang. Ingat dia main2, sekali check2.. BETUL KO!

Sape pedajal aku ye? Kat rumah NOPE! Izz tido. Kat ofis pun rasanya macam NOPE! Tak terasa pun ada orang tenyeh something kat belakang. Dalam LRT? Probably T__T Dalam lift? Probably T__T Argh... sedihnye!

Takpelah aku sabar banyak2. Mungkin ni dugaan untuk aku (ceh, macam apa je siap dugaan bagai, hehe..) Ceria beb, ceria! Aku fikir positif jelah. Mungkin ada seseorang yang sedang pegang pen, lupa tutup pen dia then berada dalam lrt or lift yang penuh sesak. Maka tanpa sengaja mengotori tudungku. Takpelah kan.. anggap aje perkara ini tidak sengaja :) So sekarang ni buat taktau je pasal tudung kotor tu, jangan ingat2 lagi. Anggaplah tiada apa2 berlaku. Balik karang, bukak tudung tu dan tryla cuci guna air sabun. Doa2 mudahlah hilang kesan conteng tu. InsyaAllah...

**Perkara yang tidak terjangka mudah berlaku di mana2 sahaja. Bawak2 bersabar, fikir positif je. Ini baru tudung kena conteng, belum terkoyak atau terbakar. Lagi sadis kan? Yang penting SABAR.

Bye!

Monday, March 14, 2011

Budak Mengamuk

Hoh tiba2 tak tau nak tulis pasal apa. Punyalah banyak contest ko boleh join nape tak join contest je untuk banyakkan entry ko? Jawapan: Buat apa nak banyakkan entry? Ada hadiah ke kalau banyak entry? *jawapan yang sangat kurang ajor*

Ko dah lupa ke Azam 2011 ko? Nak capai 30 entry sebulan? Jawapan: Ops! Ada sasaran ek? Lupa sudah... hokei, mari bersama2 berkobar menjalankan tanggungjawab kepada blog!

Iklan sekejap: Salah satu contest yang aku join beberapa minggu lepas (ke.. bulan lepas) sudah pun keluar. Resultnya di sini. Bolehlah check nama aku masuk list ke tak. Hehe.. apapun pemenang no.3 tu my friend tau! Tumpang gembira~ Tahniah Irfan!

Entry for today. Meh nak cite pasal sorang budak sedang mengamuk tanpa segan di Tesco last week.




Mood sedang bergumbira. Sampai je pintu Tesco terus Izz lari pecut Watson Nyambek ke playground ni. Haish... kita pun lari pecut Azmi Ibrahim la mengejar. Kasi main2 free (tak masuk syiling). Pastu tak sedar diri, high sungguh bila dapat pulas stereng, dapat tunggang kuda. Kita ni nak bergegas balik. Harussss tindakan drastik diambil.



Hah, kan tak pasal2 kena junjung dengan abah. Ingat boleh main2 ke? Jangan buat pasal ye!




Terus mengamuk! SABORRRRR... (kata sabor tapi kenapa guna capslock?) ^__^



Owh.. umpan dengan air baru tersenyum diam. Pandai ar! Kecik2 sudah pandai terima bribe. Haish.. tak bagus.. tak bagus!



Kembali mengamuk! Kitorang tak bagi dia pegang air tu sendiri. Kang tumpah sape susah? Bangla cleaner jugak yang susah hokei... (Wah terkesima sekejap sebab cubaan ambil gambar sendiri untuk capture 3 orang sekaligus berjaya!) Hahaha.. gelak bangga!


**Setiap kali ke Tesco or mana2 tempat lah yang ada playground. Macam ni lah gelagat kami melayan karenah Izz. SABORRRRR!!!

Friday, March 11, 2011

Beli Apa di Open Day?

Mula2 nak ketawa kuat2 sebab baca entry kat blog Farizal <- my husband la. Kalau korang nak tahu cerita apa yang buat aku ketawa berdekah2 tu silalah berkunjung ke sana ye. Pastu korang gelaklah kalo rasa nak gelak. Taknak gelak, gi main jauh2. Hahah.. Dalam entry lepas aku ada cite pasal Open Day NIEW kat lobi ofis aku ni. Di mana aku ada la beli barang sikit (memang sikit pun) untuk anak2ku dan sepupuku, Izzah yang request sesuatu. Untuk anak buahku kakak, mintak maap banyak2. Mak Lang tak dapat beli novel PTS impian hatimu kerana Mak Lang p.o.k.a.i. Lain kali ye, insyaAllah!

So apa benda aku beli? Layannnn...


Cekak rambut (u can wear it with hijab too) silver purple flower untuk Izzah.


Cekak rambut untuk Hasanah, gold ribbon! Loike it very much. *Motif aku menjadi model? :P


Dan buku Animals untuk abang Izz. Gambar haiwan (takmo sebut binatang, lembut sikit) adalah real punya bukan kartun, siap ada klasifikasi jenis haiwan dengan ejaan bunyi2an haiwan. Pasni haruslah jadi pencerita tegar dekat Izz walaupun Izz tak suka. Hahak!

Harga cekak RM5 (for two) dan buku RM8.90. Puas hati! (Paling puas hati dapat bergambar dengan Aizat. Mieh mieh...)

TAMAT

Thursday, March 10, 2011

Sesi Bertemu Artis

Wakakak! Tajuk tak boleh blah! Selalu mesti ayat 'Sesi Bertemu Peminat'. Tak bagus.. tak bagus.. kali ni bior lain sikit.

Semalam selamat membeli-belah lagi di Lobby Sime Darby. Aku beli cekak rambut untuk Izzah dan Hasanah. Buy 2 RM5 only. Harusss... beli! Beli buku gak untuk Izz. Harga buku RM9.90 dapat less 10% (korang congakla sendiri ye). Gambar2 aku upload kemudian sebab handphone tertinggal kat rumah la pulak.

Tengahari tadi seperti yang dijanjikan, penyanyi Aizat Amdan datang ke Lobby Sime Darby untuk buat show selama 2 jam. Slot Aizat In Person dari jam 12 hingga 2 petang. Memandangkan aku ni staff gomen yang berhemah tinggi, pukul 1.10 baru terhegeh2 ke sana. Dan pada ketika itu.. Aizat sedang mendendangkan lagu ......... (taktau lagu aper) secara unplugged. Main gitar je weh. Terbaek!!! Punyala ramai orang, penuh! Padahal semalam dengan kelmarin idokler seramai itu. Semua datang nak tengok Aizat!


Tu dia... Aizat kurus abis! Dalam tv nampak macam kurus biasa2, tapi memang kurus betul dia ni (banding dulu2 la kan, zaman chomel berentap dalam AF dulu) Abes 1 lagu, Aizat bagitau nak nyanyikan lagu terakhir. Ala... tiba2 terakhir ni. Padahal aku yang turun lambat. Dia nyanyi lagu PERGI..... wow!


Kat bawah tadi aku perasan Aizat ni macam malu2 kuceng (jantan) masa perform. Pasal apa dik? Hang terkujat ke tengok sambutan dari akak2, mokcik2, tok2, tin2 kat ofis ni??? Toksahla malu2 kucen (betina pulak). Hang tu kan artisss... Mesti ramah tamah tanpa kompromi tau! Dari jauh nampak rendah je Aizat ni kan? Tapi bila berdiri sebelah, ok dia lebih tinggi dari aku.


Walamak... Tengok muka bangga aku amik gambar dengan Aizat. Aizat pulak muka terkejut senyum kamben. Mesti dalam hati dia dok sebut "Apsal makcik ni teringin sangat nak bergambar dengan aku?" Fine Aizat, FINE!!! *Sedih gambar ni kabur. Huhuhu... Aizat, please lapkan airmata akak ni. Akak tau, bukan makcik! ^_^


Teman sosial aku haruslah Cik Ros merangkap photographer tak profesional. Tu pasal gambar kabur. Salahkan kamera husband dia!


Aku pun teringin juga. Ingat senang ke nak bergambar dengan banner Aizat Amdan ni. Bukan 1 tapi 2 ok.


Yup, gambar perempuan tak sedar diri muka gebu gebas cam pau Yik Mun di atas adalah peminat Aizat secara tiba2. Hehe.. mentang2 dapat jumpa Aizat, terus minat Aizat. Cuba kalo show tadi Pah Aini yang datang, terus jadi peminat Tok Pah. Wakakak!

Selain daripada show Aizat yang dabomb tadi, ada juga pemeriksaan kesihatan oleh pelajar2 nursing dari Kolej Masterskill. Aku dengan Cik Ros harus mencuba, benda free kan sape taknak. Dorang check BP, blood sugar, jenis darah, BMI & peratus lemak dalam badan. Untuk diri aku, confirmlah bab BMI dan peratus lemak tu failed! Tengok rupa pun tahu kan.

Ape pun, program anjuran NIEW ni (sebelum ni aku cakap anjuran Sime Darby, silap tau) memang bestlah. Katanya jumpa lagi Open Day 2012. Adakah office aku masih menyewa pejabat di Bangunan Sime Darby ni? Idokler teman tahu.

Dah dah.. pergi buat kerja! PERGIIIIII....

Tuesday, March 8, 2011

Aktiviti Waktu Rehat


Sime Darby's Library ada buat Open Day and Exhibition dari 8-10 Mac dekat lobby Sime Darby. Lepas lunch, aku dan Ros berdesup ke sini. Semangat weh! Ada jualan buku dan macam2. Tu yang semangat! Hehe..



Buku terbitan PTS, 10% discount ma..



Nail clipper/keychain kartun & cekak rambut untuk kanak2, remaja dan dewasa. Nak pakai dengan tudung pun boleh. Murah gilak, RM3 each. Aku ada beli satu untuk Hasanah.



Bulu mata pelesu (bukan Rozita Che Wan punye tau!) dari CosmocrazeWoman. RM15 sepasang.



Kawan tuan tanah sedang berpura-pura melihat buku di rak. Hehehe...

Tuan tanah nak enterprem pulak.


Sila baca caption kuat2 "Contoh Wanita di Malaysia".



SOKONG jangan tak sokong!

Esok nak pergi lagi nak beli buku pulak. Tadi bawak duit ngam-ngam. See u tomorrow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!