Thursday, March 3, 2011

Besarnya!!!

Petang kelmarin Cik Misah (jiran selang sebuah rumah mak) datang ke rumah bagi Shower Foam Susu Kambing untuk mak. Dia beli dari kedai Cina di Taman Midah. Tengok je Shower Foam tu.. berdekah2 aku dan adik gelak. Tau pasal apa?

Size dia tak tahan. Punyalah besar!!! Tengok-tengok 2200ml. Patut pun :) Sempat aku suruh Hasanah pose dengan botol Shower Foam tu nak buktikan betapa besarnya botol tu.






Besar tak???

Wednesday, March 2, 2011

Antara Dua

Yang mana satu pilihan kalbu?


Rocking helps develop the child's sense of balance and the brain to sort sensory impressions. RUSIG Rocker RM39




Develops fine motor skills and logical thinking. MULA Bead roller coaster RM49


Boleh tolong buat pilihan untuk aku???

Yang Ditunggu Dah Sampai

Yeay... order hari Jumaat, hari Sabtu tokei butik dah buat penghantaran. Menakjubkan!

Sejak kembali dari Kursus @ PUSMA, berlambak2 kad bisnes yang aku dapat. Sampai naik kembung wallet yang memang sudah sedia koyak. Kebetulan baru2 ni join GA yang dianjurkan oleh satu blogshop ni, ting!!! (mentol menyala) Tiba2 dapat idea untuk mengorder Wallet Card.

Wallet Card yang menjadi pilihan hati.



Cantik... green big polkadot dari Tote Boutique. Harga RM20 termasuk kos penghantaran.

Masa order hari tu, tertanya2 je dalam hati aku apa corak kain belah dalam kan? Bila dah dapat, check2 alhamdulillah puas hati sangat2. Memang cun. Kena betul dengan taste aku.


Blue stripe & polkadot black n white. My fav! Terus amik kad yang banyak2 tu dan isi. Masukkan dalam handbeg. Fuh~ Kemas sikit dan.. wallet tak kembung lagi ^__^

Tote Boutique menawarkan pelbagai jenis beg (tote bag, diaper bag, small beg, wallet card dll) buatan sendiri oleh Cik As pemilik Tote Boutique. Sesiapa yang sedang mencari2 wallet/bag baru bolehlah berkunjung ke Tote Boutique.

Tuesday, March 1, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

Eh boleh pulak sampai entry 2 tajuk yang sama. Hehehe.. penangan contest punya pasal, pisang pun boleh jadi nangka!

Seperti biasa, letak banner dulu.



Seperti entry terdahulu, saya memang ibu kandung kepada nama bayi yang bakal dipertandingkan. Juga seorang blogger. Kalau bukan blogger, mana datangnya entry ni kan? (soalan perangkap) Hehe..

Nama anak kedua saya ialah .....

NUR IZNI HASANAH binti Farizal


NUR - Cahaya
IZNI - Kebenaran
HASANAH - Yang Baik/Yang Lawa



Siapa pilih? Mengapa pilih?

Nur - Bermaksud cahaya. Abahnya yang pilih. Mungkin abah ingin anak gadisnya memiliki akhlak yang mulia, jiwa yang bersih dan terang hatinya seterang cahaya bintang di langit! Atau mungkin juga abah ingin mengabdikan nama permulaan isterinya (aku la tu) sebagai nama hadapan anak-anak gadisnya.

Izni - Saya yang pilih. Sebab nama blog saya ialah Mak Izz Menulis. Maka.. mestilah nama anak-anak saya ada perkataan IZ. Hehe.. gurau jelah. Saya pilih Izni kerana nama itu lain daripada yang lain. Selalu nama Azni lebih gemar menjadi pilihan nama anak-anak. Maksud Izni adalah kebenaran. Saya mahu anak saya menjadi insan yang membenarkan kata-kata saya, seorang yang bercakap benar dan mempunyai sikap yang benar (tidak hipokrit).

Hasanah - Kami berdua sepakat memilih nama ini. Moga Hasanah menjadi insan yang baik budi pekerti, baik akhlak, baik tingkahlaku, baik tutur kata, baik menjaga maruah dan baik segala2nya. Moga Hasanah mempunyai sifat yang lawa, sempurna di mata dan di hati, suara yang merdu mengalunkan ayat suci Al-Quran dan cantik menjaga solat dan amal ibadat! Amin...



Hasanah fresh from oven! (pengikat kepala ala Bienda. Hehehe)


Maklumat lanjut tentang contest klik sini!

Moga ada rezeki juga untuk anak gadisku, NUR IZNI HASANAH :)

CONTEST NAMA BABY SAYA



Kali ni ingin mencuba nasib join contest Nama Baby Saya.

SYARAT PENYERTAAN:

1) Anda mestilah ayah atau ibu kepada baby berkenaan dan mestilah seorang blogger

Yup! Saya adalah mak kepada nama anak yang dipertandingkan. Seorang blogger suam-suam kuku pemilik blog Mak Izz Menulis.

2) Copy Banner di atas dan link kan

Settled!


3) Buat satu entry menerangkan NAMA anak anda. Maksudnya. Siapa Yg Memilih dan Kenapa Nama itu dipilih.

Nama anak saya ialah MUHAMMAD IZZ HARIS bin Farizal.

Muhammad - Yang Terpuji
Izz - Kekuatan
Haris - Pengawal, Pemelihara

Muhammad - Yang memilihnya adalah saya dan suami. Kenapa nama itu dipilih kerana... saya memang mahukan semua nama anak-anak lelaki saya dimulakan dengan nama Muhammad, sempena nama junjungan besar Rasulullah SAW kita. Apatah lagi dengan maksudnya yang begitu baik sekali, Yang Terpuji. Mudah2an anak saya menjadi umat yang terpuji serba serbi dari segi jiwa dan akhlaknya :) Dan saya pernah dengar, nama Muhammad akan dipanggil dahulu di Padang Mahsyar kelak, jadi tak perlulah anak saya menanti terlaluuuuuuuuuuuuuu lama untuk dipanggil dan dihitung amalnya kelak.

IZZ - Kami berdua juga yang memilih nama ini. Maksud Izz itu yang menjadi pilihan utama kami. Kami mahu anak sulung kami kuat fizikal dan mental! Cukup kuat mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Cukup kuat untuk menangkis godaan dunia. Cukup kuat untuk membantu kami berdua menjaga adik-adiknya. Cukup kuat untuk menerima penolakan dari adik-adiknya. Cukup kuat untuk membantu saya menjaga adik-adiknya bila ketiadaan abahnya. Tengok sekarang memang kuat pun, suka betul bergusti. Phew~

HARIS - Saya yang pilih. Ikutkan abahnya, cukuplah Muhammad Izz. Tapi macam pendek sangat. Saya tak mahu nanti dalam kelas English cikgu suruh perkenalkan diri nanti Izz jawab macam ni "My name is Muhammad Izz" - kedengaran berulang2 IS dgn IZZ tu. Pastu taknak nanti orang tanya, Muhammad Izz apa? Mesti Izz jawab "Izz je" Tak pasal2 daripada Muhammad Izz jadi Muhammad Izz 'je'. Hehe.. maka saya telah bertekad menambah lagi 1 nama untuk Izz iaitu Haris bermaksud Pengawal, Pemelihara. Anak sulung mestilah berupaya jadi pengawal yang tegas untuk membentuk adik-adik yang berdisiplin. Jadi anak yang memelihara akhlak dan tingkahlaku agar menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya. Juga memelihara AGAMA, bukan hanya pada nama tapi pada amalannya. AMIN...


4) Tinggalkan entry anda di ruangan entry ini.

Settled!


5) dan menjadi Follower Idma Textile.

Sudah! Follower yang ke-209




My dearest Muhammad Izz Haris semasa berumur 3 hari. Alololo.. tembam!


Tarikh Penyertaan

01 Feb 2011 hingga 01 Mac 2011

(last date hari ni. Cepatttttttt sebelum terlambat) Camne nak join? Klik sini ok.


Hadiah untuk Pemenang Bertuah

3 Pemenang utama : RM 50 setiap seorang

Terbaekkk!!! Jom share RM 50 dengan aku! (hehe..) Moga ada rezeki untuk menang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!