Friday, September 17, 2010

Catatan Raya 2010 - Mukadimah

Salam aidilfitri kepada semua,

Alhamdulillah, masih panjang umur lagi kita dapat berjumpa semula selepas bercuti lama. Macam mana sambutan raya korang? Harap2 seronok dan gembira la hendaknya. Sambutan raya aku tahun ni ok. Macam tahun2 lepas jugak. Ar nanti2lah aku cerita pasal sambutan raya. Tajuk pun mukadimah. Maka, mukadimah sajalah yek :)

Semalam ada jemputan rumah terbuka tunang Along di Pandamaran, Klang. Of coursela teringin nak jalan beraya kan. Apatah lagi ni kali pertama nak beraya di sini selepas pulang dari kampung. Mak ayah pun nak pergi juga jadi aku tunggu mereka sampai dulu di rumah Jalan Kebun. Kemudian kami gerak sama2 ke Pandamaran.

Episod cerita kini bermula.

Sebaik sahaja ayah sampai di rumah aku. Aku nampak ayah terus keluar dari kereta meluru ke kereta aku. Dalam hati aku dok tertanya2 "Nape ayah terburu2 sangat ni?"

Sampai je di pintu kereta, ayah terus terkam Izz Haris. Oh, rindu cucu rupanya. Lepas gomol2 Izz, gomol2 Hasanah pulak. Hehe.. nasib baik tak gomol menantu dia :P Sambil gomol budak2 tu aku perasan ayah selit sampul duit raya kat dorang. La.. apa la atuk ni. Kut ye pun nak bagi duit raya, tunggula masuk dalam rumah dulu ke. Ni baru sampai, tak sempat masuk dalam rumah lagi dah menghulur. Apa2 pun, terima kasihla atuk ye. Izz dengan Hasanah akan simpan duit tu dalam Tabung Haji. Don't worry.

Kemuncak cerita:

Bila ayah dah kembali ke kereta dia, aku pun masuk dalam perut kereta. Tengah Farizal driving, aku pun teringinla nak tengok berapa la RM yang atuk budak2 ni kasi. Ish... manade mata duitan lah! Saja nak tengok. Manalah tahu kalo2 banyak ke (hehe). Baru je pegang sampul tu dan belum sempat nak buka aku tengok ada tulisan kat sampul. Oh, rupa2nya ayah tulis nama cucu2 dia kat sampul. Alah.. macamla ramai sangat cucu dia. Tapi mungkin ayah standby untuk anak2 buah sekali kut. Yelah, lain peringkat umur lain nilainya. Aku pun buat macam tu :P

Masa baca nama Izz, aku ketawa terbahak2. Nak tahu kenapa? Ayah eja nama Izz jadi ESS. Wow, glamernya nama anak mak. Masa ni memang dah tak sabar nak tengok sampul Hasanah. Ntah apa pulak atuk eja. Sekali lagi aku ketawa terbahak2. Cuba korang teka apa ayah aku eja nama Hasanah. Hehe.. ayah eja SHANAHH. Wow, sekali lagi aku terkesima. Ess dan Shanahh. Very glamour gitu!

Ayah sekolah sampai darjah 5 je. Tak masuk sekolah menengah pun. Tapi dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami, ayah dapat bawa kami semua merasa tinggal di negara orang selama 2 tahun setengah. Dan dengan jasa ayah juga, kami semua 7 beradik dapat pelajaran yang secukupnya. Mana yang tak berapa menjadi tu bukan salah ayah tapi salah diri sendiri. Alhamdulillah syukur..

"Atuk, terima kasih ye bagi duit raya pada Ess dan Shannah. Kitorang doakan atuk dan opah panjang umur, sihat tubuh badan dapat buat ibadat banyak2 dan dapat lihat kami membesar dengan baik supaya dapat balas jasa atuk dan opah, insyaAllah. Sayang atuk selalu!"

Tuesday, September 7, 2010

Tag Soalan Puasa & Raya

Sekian lama tidak menjawab tag, maka terimalah!

Sejak bila anda berpuasa penuh?
Darjah 4 confirm!

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya..
Pernah sebab tak tahan tengok biskut tu sedap sangat. Pastu sambil bakar biskut raya, sambil2 isi dalam balang, sambil2 rasa. Masa tu tak tahu salah & dosa. Fikir sedap je. Hehe.. *Masa ni before darjah 4 tau, means kecik lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api & mercun?
Of course la pernah. Bunga api yang 10sen satu tu, kaler merah. Batang dia belang2 putih merah. Ada 1 lagi, bunga api gambar kucing kat luar pek dia. Yang ni batang besi pastu bunga api dia cantik sket banding yang kaler merah tadi. 2 jenis bunga api ni je yang aku pernah main. Bab mercun pulak, mercun pop aje aku berani main. Baling2 kat lantai rumah pastu mak marah sebab bertaburan belerang dalam tu. Kadang2 jahat baling kat adik2. Haha.. mercun padi paling aku benci dan takut sebab dah la kecik kementot, sumbu pendek, pastu bila meletup, mak aiii.. boleh gugur jantung. Kuat nak mamps! Aku tak main mercun ni, tengok orang main je tapi tetap benci.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Murtabak, murtabak dan murtabak.

Lagu raya manakah yg anda suka?
Cahaya di Aidilfitri dendangan Black Dog Bone (tulang anjing hitam)

Tahun ini anda beraya di mana?
Rumah ibu dan abah mertuaku, Felda Kota Gelanggi (jauh di mata dekat di hati Farizal)

Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Tidak pernah. Bertugas di dapur aje kut :)

Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Dapat duit raya! Mata $$$$$$ sungguh :)

Sapa yang kena buat tag ini?
Sape yang suka nak jawab, sudi2kanlah.

Ju, terima kasih tag akak. Tag sebelum2 ni nanti akak curi masa jawab eyh. Semoga terhibur!

Monday, September 6, 2010

Perkembangan Terbaru

Salam Ramadhan al-Mubarak semua,

Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi baru aku nak terhegeh2 nak update blog. Busy la tu kunun2. Maklumlah, sejak dapat boss baru ni keje kenala tiptop. Mula2 je tiptop pastu toptip. Isk isk.. Lagipun sejak berkecimpung dalam 'dunia baru', hidupku semakin busy. Nanti2 jelah aku cerita pasal 'dunia baru' aku tu. Sekarang jom cerita pasal perkembangan terbaru aku sejak naik keje pas cuti bersalin aritu.

1) Dapat bos baru, kebetulan bos lama bertukar ke bahagian lain (tak jauh, ofis tingkat bawah je). Bos baru so far ok, keje dengan dia memang kena tiptop. Tu yang tak sempat update blog :P

2) Berat telah turun 5kg kerana berpuasa. *syoknyer* but still obese :(

2) Izz semakin noti. Kena jaga betul2! Walaupun Izz masih suka dengan aktiviti mengemas rumah dan menyapu sampah, Izz juga ada hobi baru sekarang. Menggigit orang! Antara mangsa2 gigitannya adalah Farizal, Hasanah dan Tini (budak mak mengasuh)

3) Oh lupa nak bagitau, sejak aku kembali bekerja, Izz dan Hasanah aku letakkan di bawah penjagaan emak. Maka sejak awal Ogos lepas, seawal 6 pagi kami keluar rumah bergerak dari Jalan Kebun ke Cheras. Then Farizal naik motor ke ofis, aku pulak naik tren ke ofis. Balik pun macam tu jugak, pas berbuka baru kami balik ke Jalan Kebun semula. Macam tu la rutin everyday. Penat!!! (tapi berbaloi..)

4) Gaji baru masih belum dapat lagi. Nak hangen ni! (motif tulis jugak?)

5) Nana, kawan di pejabat dah naik pangkat ke gred S32. Alhamdulillah. Tahniah Na! Nanti giliran aku pulak (terus amik buku Perintah Am dan baca) -> ok ni tipu.

6) Hasanah semakin comel dan mengujakan. Maksud comel di situ ialah Hasanah dah pandai senyum & ketawa bila aku mengagah & buat muka lawak kat dia. (Ke.. memang aku muka lawak?) Cis..

7) Susu badan semakin meningkat alhamdulillah. Mungkin berkat doa insan2 tersayang & usaha minum Cocoa Collagen sepeket setiap hari. (Apa itu Cocoa Collagen, berminat? Roger aku)

8) Baru beli karpet dekat Jakel semalam dengan harga paling istimewa. Sampai je rumah terus belai2 bulu karpet tu. Berbaloi.. memang berbaloi! Pergilah Jakel Shah Alam korang, karpet murah.. Tikar buluh pun murah. RM29 dh boleh dapat. Kualiti tiptop. (iklan ni sponsored by Jakel. Dapatla free beg plastik sekeping)

Tulah antara perkembangan terbaru aku. Tak tahu bila lagi dapat update blog. Jumaat dah nak raya. Apapun sementara masih ada kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya la kat korang semua. Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta tak kiralah raya di rumah sendiri atau rumah mertua. Maaf zahir dan batin!

Saturday, August 14, 2010

Entry Bergambar II: Indahnya Cameron Highlands

Sebelum bersalin & selepas habis pantang pun cerita percutian di CH ni masih belum selesai. Ikutkan hati malas dah nak sambung cerita, full stopkan aje. Tapi atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, saya berikrar eh, bukan2. Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang penulis (wah.. feeling novelis sekejap) aku sambungla juga entry ni. Tak baik kan buat kerja sekerat jalan. Lagipun rugila gambar tersimpan rapi je dalam laptop. Sharing bersama kan bagus, dapat gak mengimbau kenangan dulu2. Ha.. kenapa aku kata kenangan dulu2? Sebab entry kali ni aku nak letak gambar masa kami singgah di Time Tunnel. Seperti yang aku cerita dalam entry sebelum2 ni, Time Tunnel ni lebih kurang macam muzium. So tunggu apa lagi? Jom!



Sejarah Cameron Highlands.



Dulang label iklan makanan/minuman dulu2.



Aneka tin susu dan nestum. Tengoklah brand dulu, masih sama dan ada yang dah berubah. Yang masih sama Every Day, Nestum, Horlicks, Ovaltine (tak popular dah kan minuman ni sekarang), Lactogen & Dutch Baby (sekarang Dutch Lady) Hihi.. terkenang sungguh!



Dapur minyak tanah. Siapa pernah pakai dapur ni dulu? Family aku memang pakai. Seingat aku masa tu aku masih kecik lagi, mungkin belum masuk sekolah lagi. Ingat2 lupa je kenangan dapur minyak tanah ni, kecik lagi masa ni kan.



Marjerin planta. Jarang sangat aku dengar budak2 sekarang sebut "mak,nak marjerin". Ntah2 marjerin pun dorang tak tau. Yang dorang tahu, butter.. jem.. Eh korang ingat tak dulu ada jem jenama BESTA? Haha... kenangan oh kenangan.



Ubat gigi Darlie atau pun nama lamanye Darkie. Aku tak tau pun yang ubat gigi ni dulu namanya Darkie. Kak Ngah dengan Abg Gom yang beria2 cerita kat aku (dorang ni lahir lewat 70an) Sempat gak dorang merasa kan kenangan Darkie. Hihi.. Dulu lelaki Darlie ni kulit gelap tapi sekarang dah putih. Macam2. Oh ye, family aku memang pengguna setia Darlie dari dulu sampaila sekarang. Love u Darlie! or Darkie! ^_^



Termos besar! (untuk kekalkan kepanasan makanan dalam jumlah yang banyak contoh cam nasi, kuah2 lauk n etc). Dulu2 kan termos mesti design & kaler macam ni. Rumah aku pun ada! Bangga2! Sekarang ni dah macam2 jenis termos yang ada. Eh orang panggil termos ke benda ni sekarang? Haha.. tak ingat pulak.



Sia ayan. Kat kampung2 mungkin masih ada lagi sia atau mangkuk tingkat ni. Dulu kat kampung memang ada pinggan dan kole jenis macam ni. Sekarang dah tinggal 1-2 je, dan dah berkarat2 sket.



Oven lama. Yang ni memang aku tak sempat merasalah. Agaknya zaman dulu, kedai2 roti semua pakai oven ni kan? Berat nak mamps!



Last but not least, gambar terakhir kami di pintu keluar Time Tunnel. Pintu pun ala2 cowboy.


Memang bestlah masuk Time Tunnel ni. Kepada mereka yang mengunjungi CH jangan lupa singgah ke sini ye. Memang betul2 menggamit memori silam zaman kecik2 dulu.

Ok nanti aku sambung pulak entry terakhir percutian di CH iaitu gambar2 kenangan di Cactus Valley & Stawberry Farm. Jumpa lagi!

Friday, August 13, 2010

Wajah Hasanah

Semalam aku poyo kata anak dara tak boleh expose lebih2. Tapi ramai pulak kawan2 request nak tengok wajah terbaru Hasanah. Aku memang takde gambar baru dia, kalau ada pun kat dalam hp. Pastu aku memang tak pernah transfer gambar dari hp ke pc. Maka sukar sedikit nak tunaikan permintaan korang.

Anyway aku ada gambar photoshoot Hasanah masa umur dia sebulan lebih. Kawan Farizal, Firdaus sudi datang rumah buat photoshoot ni secara PERCUMA. Terima kasih banyak2 ye. Hasil kerja Firdaus memang kelasss! Bukan senang tau nak ambil gambar baby. Gerak sana gerak sini, uk ek uk ek uwaaaaaaaaa... kena pujuk2 dulu pastu baru sambung ambil gambar. Dalam blog Farizal ada letak gambar2 Hasanah yang telah diedit oleh Firdaus. Korang klik sini untuk tengok gambar. Kat bawah ni pulak aku letak gambar Hasanah yang belum diedit.


Hai untie2, uncle2, sayalah Nur Izni Hasanah. Kecil2 lagi dah buat photoshoot. Bertuahnya saya! *lagi bertuah sebab percuma nak oi...



Lihat pipi tembam saya. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan susu ibu terbaik untuk saya. Mudah2an rezeki saya berpanjangan.. *InsyaAllah2, banyak2 kita berdoa dan berusaha!



Kadangkala saya terfikir, mengapa saya ditakdirkan menjadi anak mak dan abah dan adik kepada abang Izz. *untuk menambah seri keluarga kita Hasanah... Syukur alhamdulillah.



InsyaAllah mak. Doakan Hasanah jadi anak yang baik, soleh dan beriman. Mudah2an keluarga kita sentiasa di bawah rahmat Allah. *sob..sob.. tiba2 syahdu.

Okey kesat air mata sekarang! Puas hati dah dapat tengok gambar Hasanah? Harap2 puas hati la ye. Nak tengok lagi gambar Hasanah yang terbaru, lepas2 ni aku amik gambar dia dan upload insyaAllah. Pasni photoshoot sendiri je, no more photographer kecuali percuma. Hehehe.. *wink wink*

Korang boleh jamu mata lagi tengok hasil tangan emas Firdaus ni kat blog dia QBERPHOTOGRAPHY.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!