Thursday, May 13, 2010

Tag Pejabat

Minggu lepas aku telah ditag oleh sahabat karibku semasa di alam politeknik dulu iaitu Jue. Dalam tag itu, aku dikehendaki untuk menayangkan suasana tempat kerja aku (workstation) dalam bentuk entry bergambar.

So semalam aku gigih snappy sana sini sinun sekitar bilik aku untuk menjawab tag ini sebaik mungkin. Jom tengok!



Ok ni adalah pemandangan dari pintu masuk. Nampak tak bilik yang pintunya terbuka ada bendera Malaysia tu? Ar.. tulah bilik aku selaku PA kat ofis ni. Ehm.. tetamu masuk2 je terus nampak muka aku. Aku pulak tetamu masuk je terus nampak muka dorang. Muka kena sentiasa manis beb! (nasib baik memang manis 24jam) Ehek!



Ok dah sampai pun ke pintu bilik aku. Eh tadi pintu terbuka, apsal tutup pulak ni? Aku tutup sebab nak tunjuk korang gambar kat bawah ni.



Ha.. kalau tak nampak memang katarak glaukoma la mata korang. Punyalah bangga ada bilik sendiri, padahal PA cabuk je. Tapi korang perasan tak? Aku masih tak ubah lagi jawatan lama tu ke jawatan baru. Sepatutnya jawatan tu dah ditukar ke Setiausaha Pejabat. Ok2 pasni aku order kat supplier papan nama baru. *Eceh nampak tak bayang kegigihan aku mengambil gambar kat kaca pintu tu?



Ini adalah laluan terus ke ruang bekerja di belakang di mana ada cubicles untuk staf2 sokongan. Cubicles pegawai aku tak amik gambar sebab tak koser nak round 1 pejabat semata2 nak amik gambar masuk blog. Eh, lagipun tag ni kan hanya nak tengok workstation aku, bukannya workstation orang lain. Ha.. pegawai pun hanya duduk di cubicle tau, tapi aku.. ada bilik okeh! Bangga tak bangga?



Yang ni pulak adalah gambar ruang hadapan pejabat aku. Gambar ni diambil betul2 dari pintu bilik aku. Ada sofa & televisyen yang full package dengan ASTRO tapi bukan dapat tengok pun. Kadang2 aje waktu lunch break atau petang Jumaat yang hening, malas nak berpoya2 kat luar duduk sinilah ngadap tv.



Jom masuk bilik aku. Terjah! Inilah suasananya. Tak besar, tak kecik. Sederhana aje. Bolehlah memuatkan aku dan beberapa orang dok menebeng kat sini bila bos takde. Haha.. Bersepah kan bilik aku? Sila pura2 tak nampak :P



Ada 2 buah kerusi rotan untuk tetamu menunggu giliran untuk bertemu bos. Tapi jarang2 dorang duduk sini. Daripada dorang menunggu kat sini, baik dorang menunggu kat sofa hijau depan tv tadi. Selain daripada kerusinya empuk, dapat juga jamu2 mata sambil tengok ASTRO kan? Sebelah kerusi rotan ada rak buku yang dipenuhi dengan puluhan buletin2, majalah2 dan bahan2 penerbitan. Sebelah tu pulak kabinet besi 4 tingkat untuk isi bermacam khazanah termasuklah fail-fail sulit (bukan AF).



Ni pulak pandangan dari sudut berbeza. See my baju batik free tergantung elok di samping blazer yang free jugak. Ihsan kerajaan Malaysia, alhamdulillah.



Gambar ni pulak aku shoot dari kerusi kerja aku ni hah. Betul2 mengadap pintu kan? Agak2 kalau orang datang merompak, mesti aku yang kena dulu kan? Isk isk.. (sape nak merompak waktu2 keje?)



Inilah pc putih buruk besar gedabak kegunaan aku seharian. Tak tau zaman bila punya pc ni. Memang lembap serba serbi. Tapi macam aku pernah cerita dalam entry sebelum2 ni. Walaupun serba kekurangan tapi banyak jasanya.



Ok yang ni pulak adalah gambar pintu masuk ke bilik bos aku. Siapa nak masuk jumpa bos kena jumpa i dulu okeh. Takde pintu masuk lain. Nak taknak, kena tengok muka i jugak yang cantik lawa ni. Haha...



Lawa ke lawak?


Ok2 dahlah tu. Nak balik dah. Apa pun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya berjaya jugak jawab tag nih. 1st time jawab tag bergambar tau! Jue, sila kagum dengan akak. So sekarang korang dah tahulah tempat bekerja aku kan. Tempat aku selalu ngomel2 kat meebo, tempat aku selalu kena tegur dengan bos sebab tak siapkan kerja (erk!) dan di sinilah tempat aku mencari rezeki selama ni.

Aku harap pas bersalin nanti dapat tempat kerja baru, korang doa2kan ek!

*Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Gantikan perkataan 'bermain' tu dengan 'bekerja'. Huhu..

Kerusi dan Meja Kesukaan Izz

Masa kami berkunjung ke rumah Kak Ngah beberapa minggu lepas, Izz memang tak sudah2 main benda ni. Duduk berejam2 pun tak kisah. Bagi apa2 mainan pun takpe. Leka! Yang penting dapat goyang2 kaki duduk atas kerusi budak2 ni. Erm tergerak pulak hati nak belikan Izz kerusi & meja macam ni.



"Mak, Izz suka sangat dengan kerusi dan meja ni. Belilah mak... Boleh Izz belajar dengan adik nanti"

Yolah tu! Mula2 dia excited duduk2, goyang2 kaki, main apa2 mainan yang kita bagi. Lebih sejam jugak dia leka. Pastu.. korang tau2 jelah budak lelaki kan. Dia panjatnya kerusi tu, berdiri macam hero pastu cuba2 panjat meja pulak. Dah berdiri atas kerusi tu mulala goyang2 badan. Apa ingat Inul ke nak goyang2? *Gambar berdiri atas kerusi takde sebab tak sesuai untuk tontonan umum kanak-kanak. Haha..

Rasa2 macam nak beli lah set kerusi & meja macam ni. Apatah lagi bila Izz selalu kacau Ayah Yang dia mengajar tuisyen tiap2 malam. Hem.. hari tu dah jenguk kat Tesco tapi tak menepati piawaian aku lah. Kat mana lagi boleh cari ye? Dekat IKEA takde meja tulis ABC camni kan? Sekadar plain macam tak best pulak. Eh eh, sape nak guna meja ni sebenarnya? Mak Izz ke Izz?

*Masa try kerusi & meja macam ni di Tesco tempoh hari, Izz jatuh terlungkup gara2 excited mencuba. Suara meraung bergema 1 Tesco. Sabor jelah!

Wednesday, May 12, 2010

Batik Free



Batik free ni bukan untuk korang tapi untuk aku :) Best kan keje gomen, dapat batik free tiap2 tahun. Sutera ori tau from Noor Arfa Batek. Tailor lak upah Nusy's Clothier dari Medan Mara. Agak2 korang, aku muat tak pakai batik ni pas bersalin nanti?

*Harap2 muatla...

Aktiviti Terjun Tiruk

Seperti dijanjikan, entry kali ni adalah entry bergambar yang dah berkurun lama terpendam. Aktiviti berenang-renang ke tepian ni adalah aktiviti terjun tiruk kali ke-2 di swimming pool apartment Kak Ngah ku di Green Valley, Rawang. Aktiviti kali pertama aku tak update dalam blog ni tapi ada dalam blog abah Izz. Sila klik untuk baca cerita.

Pagi2 lagi agak2 air klorin swimming pool tu dah kureng, abah Izz tak sabar2 nak terjun tiruk. Kunun2 nak bawak Izz main air tapi korang pun faham2 jelah kan siapa yang lebih over? Jom tengok gambar!


Izz muka takut2 main air. Cuba tengok mata abah Izz. Over kan? Excited sungguh splashing2 air dengan kaki.



Kak Long Dian pulak enterprem. Haha.. mula2 takut duduk kat tangga je. Lepas mummy dia datang. Huargh... terus berani terjun dalam pool. Teror sungguh! Mak Teh dia pun tak beranik. Takottttt!...




Izz dan muka seriusnya. Eleh, mandi kolam pun nak serius. Menyampah! (Abah masih excited menunjuk skill renang)



Woho.. sudah2lah tu. Takkan tak puas mandi lagi. Tengok sape tu abah & Izz?



Oh.. tengok Mak Ngah, Kak Long Dian & Ammar ye. Dorang pun tengah siap2 nak keluar dari pool tu.



Ok, Ammar dah keluar. So.. masing2 selamat kembali ke rumah ye. Mandi dan salin baju. Lain kali kita terjun tiruk lagi :P

Dulu masa kecik2 Izz cukup suka mandi kat swimming pool. Terkekeh2 ketawa. Tapi sejak genap setahun ni dia macam takut2 pulak. Seriau2 je nak cecah kaki dalam air. Muka pun tak enjoy. Tapi kalau mandi dalam bilik air, bukan main lagi suka!

*Anak mak dah pandai takot ye?

Tuesday, May 11, 2010

Checkup 34 Minggu

Fuh~ Lama sungguh tak update blog. Kebizian melanda di samping kekangan waktu untuk curi2 menggunakan komputer orang lain untuk mengupdate blog. Seperti yang aku beritahu sebelum ni, komputer putih besar gedabak kegunaan aku di pejabat selama ni dah lama tak boleh guna untuk update blog. Tu pasal terpaksa curi2 guna komputer orang lain. Bukan senang nak dapat peluang, jadi this time ada sedikit waktu terluang, aku lenjan abis2an :)

Beberapa minggu puasa menulis, banyak benda dah bertakung dalam kepala otak ni nak kongsi cerita. Dari kesah terjun tiruk swimming pool rumah Kak Ngah hinggalah ke majlis sambutan Mother's Day semalam. Wah.. macam hebat2 je. Nak update cerita bergambar, memory card aku tak bawak pulak. Esok lusa jelah. Sekarang meh baca cerita tak bergambar dulu. Heheh!

Pagi tadi pergi checkup 34 minggu di klinik DBKL. Wah dah 34 minggu ko! Diam tak diam je (nampak sangat tipu, padahal memang hari2 menanti saat 38 minggu) Hari ni adalah checkup yang paling menggumbirakan. Pasal apa tau? Pasal.. sepatutnya appointment aku pukul 7.30 pagi. Tapi entah kenapa pagi tadi aku macam malas sangat nak bersiap cepat2. Semua aku buat lembap2 (ke.. memang aku lembap?) Gosok baju lembap, berus gigi lembap, bancuh susu Izz lembap, pendek kata sume lembaplah. Agaknya sebab dah tahu nak pergi checkup so tak payah nak kejar waktu punch card kan.

Sampai klinik je dah pukul 8 pagi. Cuak jugak takut nurse marah. Masa aku letak buku pink tu dalam bakul 7.30AM nurse tu cakap "Kenapa datang lambat?..." Tapi nada suara dia tu very slow. Sebab slow sangat suara dia, aku pura2 tak dengar. Haha.. tak koser nak menjawab. Terus aku cari kerusi & duduk. Fuh, lega! Pastu rutin biasa la. Timbang berat. Ya Rabbi.. berat aku naik 3kg dalam masa 2 minggu! Erk takutnye kena marah dengan nurse. Suspen2. Urine ok, tekanan darah 120/70 ok gak. So tunggu nurse panggil untuk check perut. Tunggu tak sampai 10 min, nurse dah panggil. Wah, i loike.. Dah check perut tunggu kat luar jap. Dalam 10 min camtu, nurse panggil masuk dalam untuk consult. Wow... bestnya. Tak payah tunggu lama2. Tak payah tersengguk2 menahan ngantuk.

Brok brek brok brek (nurse nasihat macam2, nasib baik tak marah pasal berat badan naik mendadak tu), next checkup aku 25 Mei nanti. Aku harap time tu adalah checkup yang terakhir sebelum aku bersalin. Cepatlah bersalin, malas dah nak ulang alik klinik 2 minggu sekali. Penat! (Penat merangkumi jalan kaki dari rumah ke perhentian teksi, berdiri tunggu teksi dan jalan kaki dari perhentian teksi ke klinik) Dan bertambah penat lagi bila settle checkup, kena jalan kaki lagi dari klinik ke stesen LRT Bdr Tun Razak, tunggu LRT, berdiri lagi dalam LRT selama 20 min (sebab takde warga Malaysia prihatin nak bagi ibu mengandung macam aku ni duduk), then jalan kaki lagi dari stesen LRT Sultan Ismail ke pejabat (lintas jejantas melengkung yang macam .....) naik lif ke tingkat 12 kemudian baru sampai ofis. Phewwww! Penat weh... :( Apepun, tadi pukul 9.45 pagi aku dah selamat sampai di ofis. Yeay.. tak perlu buang masa! Acik sukerrrr!

Ok kat sini nak share sedikit tips dari nurse masa checkup tadi. Antara perkara baru yang dia ajar aku:

1) Makan vitamin zat besi tu selepas 2 jam perut kosong. Tujuan: Tak ingat pulak :) Tapi vitamin2 lain tu boleh makan macam biasa selepas waktu makan.
2) Jangan makan vitamin2 tu sesudah minum susu. Sebab vitamin ni kalau makan dengan susu, nanti vitamin tu tak berkesan. Make sure makan vitamin tu setengah jam selepas minum susu.

Aku baru tahu info ni. Korang tau tak? Sebarang fakta lanjut, layarilah internet ek. Cari maklumat sendiri. Hahaha.. aku pun takde masa a.k.a pemaleh nak check tepat ke tak fakta yang nurse beritahu aku tu. Anggap jelah tepat ek. K lah, nanti cerita ceriti lagi pasal hal ehwal aku sepanjang 2 minggu puasa blog nih. Nak sambung kerja, da..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!