Friday, September 4, 2009

Capek Bangat

Hoho.. tadi aku rasa macam nak pengsan kat Sogo. Punyalah ramai makhluk Allah bersesak2 kat situ. Yang Melayu.. yang Cina, India etc sume2 ada tadi berasak2. Fuh, memang tabik spring kat dorang yang betul2 tegar membeli-belah (siap bawak anak2 lagi) tanpa rasa penat dan letih!

Dulu aku pernah cite alkisah orang membeli-belah macam orang gila kat Kilang Anakku kan? Di Sogo tadi pun macam tu jugaklah pe'elnya. Aku tak larat & betul2 tak koser nak berhimpit2 dengan aneka jenis manusia tadi.

Mesti korang salahkan aku kan, dah tau hari ni hari SCard untuk member, yang aku gatai2 nak p arini jugak kenapa? Ar.. fyi aku tak tahu menahu pun yang hari & esok adalah hari SCard. Kalau aku tau, sumpah aku tak p. Huhu.. tapi sebab alang2 dah sampai, takkan xnak masuk pulak kan? *Hehehe..

Masuk Sogo lebih kurang pukul 1pm, 2.15pm aku dah chow. Masa membeli sekejap aje, masa beratur tu yang umang ai... lama yang amat. Queue panjang u ols! (1st time aku lihat senario begini dalam idup aku) *aku tak pernah pergi mana2 mall yang menawarkan sale hanya untuk ahli saja, SCard ke.. JCard ke.. memang aku tak pernah pergi.

Setelah berhimpit2 (tergesel sana, tergesel sini, tersentuh sana, tersentuh sini) nasib baik time2 sale ni kaum hawa je yang ramai akhirnya aku berjaya jugak beli barang yang dihajatkan. Plan nak beli 4 barang, last2 sempat beli 3 je. Aku tak larat dah, capek!

Tinggal 1 barang lagi, erm.. mungkin aku beli di Jusco saja!

*Giler betoi ah orang Malaysia shopping. Erm.. orang negara lain mcm ni jugak kah?

Izz dan Liona

Masa Izz umur 3 bulan, aku hadiahkan Izz kawan baru nama Liona. Hehe.. Liona tu permainan Izz la, puppet berbentuk singa. Yelah, masa tu Izz dah mula pandai menggenggam jadi aku belikan sesuatu yang soft, colourful dan berbunyi supaya Izz ada aktiviti nak dibuat ketika boring (boleh main dengan Liona), happy sebab Liona sangat menceriakan hatinya (kerana colourful & berbunyi bila digoyangkan) & boleh melatih jari jemari Izz menggenggam barang.

Jom tengok aksi Izz bermain dengan Liona masa balik kampung atuk dengan nenek di Pahang, last week. Erm, aku hangkut walker balik kampung sekali, umah atuk dengan nenek besar, senang dan best sket Izz kulu kilir.


Mak! Kenapa dorang letak kartun kaler pink ni kat walker Izz. Izz x suker la! Bukan kartun ni haram ke mak? *ekekek


Izz dah boringla main walker ni mak. Izz nak Liona.......... Liona.... jom la kita main.


Eh apa yang warna warni tu. Macam Liona je. Yeh yeh Liona dah datang!


Liona cepatlah!!!!


Isk Liona ni, lambai2 pulak. Cepatla datang sini.


Kenapa lambat sangat datang dekat Izz. Izz dah boring tau!


Meh sini, ehm... (picit2, cubit2, geletek2) He was so happy!


Inilah Liona kawan Izz. Izz sayang sangat dengan dia. *tapi kenapa muka Izz cam cedih je.


Aummmmm!!! Macam Liona tak? Aumm.. aumm.. Takot tak? Takot lah.. tolong takot ye. Hehe..


Oklah, Izz nak main berdua dengan Liona dulu. Nanti amik gambar lagi ok. Bubbye!

Thursday, September 3, 2009

Tadarus & Cd Lagi

Dari pagi sampai ke tengahari aku dan geng2 tadarus berada di Masjid Angkasapuri. Meriah, ramai juga warga KPKK yang join. Kalau tak silap aku, seramai 178 orang ahli Puspanita KPKK yang hadir untuk sama2 bertadarus tadi. 10hb nanti majlis khatam al-Quran pulak. InsyaAllah buat pertama kalinya aku akan turut serta. *Teruja beb!

Sampai ofis je jam dah pukul 12.30 pm. Kebetulan masa otw ke Angkasapuri tadi sorang member lama sms bagitau ada 1 online shop yang jual produk cd standard brand tapi jauh lebih murah dari online shop lain. Wah.. kata nak berjimat kan. Maka haruslah terjah. Aku terus buka website tu & surfing2. Then sms2ing and calling2. InsyaAllah... menjelang next week dapatla cd idaman qalbu untuk buah hatiku Farizal, eh silap Izz Haris la. Hehe.. (apa ke jadah bapaknye nak bercd?)

Harga cd yang ditawarkan oleh online shop yang member lama bagi tadi tu memang RENDAH berbanding dengan online2 shop yang lain (ye ke? aku hanya survey 2 online shop sajork) Ekekek.. tapi antara 3 kedai ni, kedai inilah yang menawarkan produk yang sama tapi harga yang paling murah (rendah RM12-RM18 berbanding harga yang ditawarkan oleh kedai2 lain) Jauh lebih murah weh!!! Maka haruslah rembat... nasib baik stok masih ada.

Aku beli brand apa? Kaler apa? Tunggu je nanti bila dah sampai k. Tak sabar ni, grr.. grr..

*Tadi sembang2 dengan Cik Yati & Nona dalam masjid (motif bersembang dalam masjid?) Aku belajar sesuatu daripada dorang. Terima kasih!

Wednesday, September 2, 2009

Cloth Diaper

Tadi seharian aku surfing website berkaitan cloth diaper (cd). Sembang2 dengan Su tanya apa pendapat dia. Su ada anak lelaki yang dah berusia 2 tahun lebih. Aku tanya dia berapa jumlah pampers yang anak dia pakai untuk menahan kebocoran di siang dan malam setiap hari. Su jawab dalam 8-10 keping. Fuh~ banyaknye! Tu pun Su beritahu pampers selalu sangat bocor sampai basah2 baju dan seluar. Anak lelaki kan.. pee banyak dan super lasak.

Setiap bulan Su kena beli 2 pack besar pampers untuk dipakai di rumah dan 1 lagi pack besar pampers untuk ditinggalkan di rumah pengasuh. Aku berpendapat, untuk bayi/kanak2 yang banyak pee seperti Izz dan Darius (anak Su) maka sangatlah wajar kalau kami cuba menggunakan cd. Manalah tahu kalau2 selepas menggunakan cd masalah kami selesai? *Masalah kebocoran & masalah mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli pampers setiap bulan.

Lagipun cd boleh dibasuh dan dipakai berulang kali (sampai lunyai). Erm.. setelah fikir2, bincang2 dan minta pendapat orang lain.. aku ambil keputusan untuk BELI. Kita try 1 dulu.. tengok bocor ke tak, mudah ke tak, jimat ke tak, (seperti yang dicanangkan). Dah guna sendiri baru tau bagus atau tidak kan?

Jadi.. tunggu dan lihat.

*Hari ni aku tak sempat order lagi. InsyaAllah esok. Huhu..

Tuesday, September 1, 2009

Selendang

Seorang lelaki sedang mundar-mandir di pasar. Menjenguk dari satu gerai ke gerai mencari selendang yang paling cantik untuk buah hatinya.

"Pakcik berapakah harga selendang ini?"

"RM1.20 je nak"

Lelaki itu meraba2 koceknya. Mengeluarkan kepingan syiling. Satu.. dua.. (dan terus mengira jumlahnya)

"Tapi saya cuma ada 90sen sahaja pakcik"

"Kalau 90sen tak bolehlah. RM1 pakcik boleh bagi"

Lelaki itu berubah wajahnya menunjukkan riak kesedihan (barangkali ingin memancing simpati pakcik penjual selendang itu)

"Tapi pakcik, saya cuma ada 90sen. Bolehlah pakcik"

Tiba2 ada seorang hero datang menghampiri lelaki itu. Dia menyerahkan lagi 10sen mencukupkan RM1 dan membolehkan lelaki itu membeli apa yang dihajatinya. Yay, selendang berjaya dibeli.

Persoalannya di sini:

Di gerai manakah saya boleh memperoleh selendang berharga RM1.20 atau RM1 selepas diskaun?

Masih adakah selendang berharga RM1?

Ok.. korang sume tak payah berangan2 ye. Selendang sekarang paling murah pun RM3 tau! Dialog di atas adalah salah 1 scene dalam filem Sarjan Hassan. Malam tadi aku tengok cite ni dengan Acik. Sambil2 enjut Izz dalam buai, sambil2 aku tengok. Kebetulan time tu scene beli selendang ni kuar.

Aku dengan Acik ketawa berdekah2 bila dengar harga selendang tu hanya RM1.20. Yelah aku bajet2 harga RM10 ke.. RM15 ke. Tapi RM1.20 ok! (zaman tu RM1.20 dah kira mahai) *Macamla aku idup zaman tu. Aku agak2 jelah. Tapi Hassan tak mampu nak beli selendang tu sebab dalam kocek dia cuma ada 90sen. Cuba kalau zaman sekarang macam tu? Ada ke perempuan2 nak berboifrenkan Hassan?

*Sempena hari merdeka, cite kat tv pun tayang cite2 pejuang jelah. Layan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!