Wednesday, October 28, 2009

Makin Teruk

Sejak Lembaga Tatatertib menguatkuasakan penukaran punch card dari warna kuning ke hijau, aku tengok staf semakin menjadi2 perangainya. Bukannye nak ambil iktibar datang awal ke pejabat. Tapi... makin galak pulak suruh orang lain yang bodoh punch card untuk dorang. Dulu aku pernah tulis, aku paling benci golongan manusia bangang yang suruh orang lain punch card dan golongan manusia bodoh yang punch card orang lain. Eiy bencilah!

Korang rasa patut tak aku mengadu kat Lembaga Tatatertib? Tapi tak ke nanti aku jadi makcik penyibuk? Sibuk2 report kat orang atasan yang ada manusia bodoh sekian2 selalu mengkotak-katikkan punch card tuh. Tapi aku geramlah! Geram tahap ultraman benci kat resaksa jahat! Benciiiiiiiiiiiiiii sangat tau. Aku yang berulang alik dari Jalan Kebun, Klang ni pun boleh sampai ofis sebelum pukul 8, takkanlah korang yang duduk sekitar area Lembah Klang ni tak boleh sampai tepat pada waktunya. Pastu kan... pleaselahhhh.. tolonglah punch card sendiri.

Argh, kalo aku bebel seribu kali kat sini pun tak guna jugak. Korang bukan tau pun. Erm kalau2 ada sesiapa kat bahagian Sumber Manusia kat jabatan aku nih (hye Ina Camar..) yang rasa2 nak sampaikan aduan aku ni kat Lembaga Tatatertib, tolonglah bagitau ye. Tapi aku taknak mention nama sape2, aku harap hamba2 Allah kat Lembaga Tatatertib tu buatlah siasatan ye. Aku tahu, kes ni bukan berlaku kat ofis aku je tapi berlaku kat bahagian2 lain jugak. Entah2 kat Sumber Manusia sendiri pun ada (harap maaf jika ia tidak berlaku, sekadar serkap jarang. Hehe).

Kalau korang taknak menuduh or buat siasatan (kut2 la busy sangat ke) korang handle la 1 ceramah wajib untuk semua staf ni pasal ketelusan. Yelah.. kalo2 dorang tu dah terlupa bab bersih, cekap dan amanah. Ingatkan balik. Kadang2 orang yang dah kerja lama ni, super senior ni.. mungkin otak tu dah berkarat sikit, tu pasal terlupa. Hesh.. mari kita bersihkan kembali otak2 karat mereka ni dan boleh menjadi contoh teladan yang baik untuk generasi muda.

Di manakah keadilan bagi golongan yang datang lewat tapi tidak menipu punch card sehingga dikenakan penukaran kad perakam waktu dari warna kuning ke hijau;

dan golongan yang datang lewat tapi menipu punch card dan tidak dikenakan apa2 tindakan.

Di manakah keadilannya?????????????

Takkan nak tunggu balasan kat akhirat je. Kat dunia pun mesti kena balas jugak. Apatah lagi kalo berkaitan dengan hal2 kerja, berkait rapat dengan markah prestasi, bersangkut-paut dengan kenaikan pangkat dan anjakan gaji. Pleaselah...........

Ada sesiapa boleh tolong calm down aku?


Yang benar,

Aku yang lewat datang kerja 2x bulan ni.

Tuesday, October 27, 2009

Anak Genius & Soleh

Wah.. hebat je tajuk hari ni. Kalau entry tak hebat jangan marah ar. Semalam kan aku cerita yang aku mengantuk gila babas alagapas. Tersengguk2 aku sorang2 kat depan pc. Bos takde, ramai staf takde sebab masing2 busy berkhidmat di Istana Seri Menanti sempena pertabalan YDP Besar N9 tuh. Bayangkanlah ofis yang besar ni hanya tinggal 6 staf je. Sangat buhsan okeh! Nak buat kerja pun jadi tak semangat. Apatah lagi bila ada syaitonirrajim sedap2 bergayut kat kelopak mata aku nih. Tak boleh jadi! Mata yang mengantuk harus disegarkan. Aku pun kemas2 meja, pas remote pintu kat Lin terus berdesup pergi library baca buku. Hahak, baca buku tuh...

Aku memang suka lepak kat library especially bila bos takde. Setengah jam membaca tanpa gangguan pun dah jadi seronok sangat2. Mata yang mengantuk terus jadi segar bila membelek helaian majalah demi majalah. Haha.. aku takdela skema sangat pergi library nak baca buku ilmiah. Apa gunanya majalah berlambak2 library tu beli tiap2 bulan? Majalah kegemaran aku of courselah Anjung Seri dan Impiana. Wah.. dulu2 zaman remaja wajib baca Dara.Com setiap bulan. Bila dah kerja rajin beli Mingguan Wanita. Bila nak jadi ibu wajib beli Pa&Ma dan Mami&Baby. Bila makin gemuk beli Rapi pulak (hahah). Tapi sekarang ehem.. ehem.. majalah deko okeh. Baca je, beli tak mampu sebab mahal. Ikutkan hati nak aje beli majalah Apartment, Seni Hias dan mcm2 lagi tapi sebab harga majalah2 tu agak mahal (nasib baik mahal) so aku tak belilah. Nak ubat dukalara, pergila membaca kat library. Save bajet, ilmu pun dapat!

Dah baca2 then rasa tak tahan pulak sejuk melampau aircond kat library tuh. Isk isk.. kalau slowkan sikit aircond tuh mungkin lebih ramai lagi warga jabatan akan berkunjung ke library. Erm.. ok dah cukup setengah jam kenalah balik ofis semula. Buku apa aku nak pinjam ye? Takkan majalah lagi. Okey.. aku ambik majalah Anjung Seri 1, Impiana 1 and aku round2 tengok buku2 kat rak. Then ternampak 1 buku bertajuk "Petua Melahirkan Anak Genius dan Soleh". Ar.. tajuk macam menarik nih. Belek2 baca sikit, erm memang bestlah. So aku pinjam buku ni semalam, tarikh pulang 26 November nanti. Hoho..

Aku dah baca sikit semalam (bila rasa boring buat kerja & mata dah letih menatap pc). Walaupun tajuk buku ni Petua Melahirkan Anak Genius dan Soleh tapi isi kandungan buku merangkumi keseluruhan cara pendidikan anak sejak dari memilih pasangan hidup sehinggalah ketika membesarkannya pada usia 15-18 tahun. Tak sabar nak habiskan baca. Buku ni takla tebal pun cuma 193 m/s je. Meh iklan sikit pasal buku ni. Buku ni adalah terbitan Darul Nu'man pengarang oleh Urwah Sofri Zain. Harga pasaran buku ni cuma berharga RM10 sahaja (bagus sangat buku berkualiti begini dijual dengan harga yang sangat murah dan boleh dimiliki). Kalau suka boleh jengah di kedai2 buku berhampiran dengan tempat tinggal anda ye. Rajin2 boleh juga buka website Darul Nu'man ni. Ok nanti dah baca & ada info2 menarik nanti aku kongsikan bersama ye.

Da..

Monday, October 26, 2009

Salam Pagi Isnin

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin kawan2. Huargh... mengantuknya aku pagi ni. Pagi tadi ok je tapi lepas breakfast bihun goreng lauk paru terlebih masin baru mata aku jadi mengantuk yang amattttttttttt sangat. Huargh... (menguap lagi, jangan lupa tutup mulut okeh)

Farizal ada kursus di SME Bank sejak Sabtu sampai Selasa ni. Tapi kursus 8 to 5 je. Tapi weekend tetap boring bila Farizal takde kat rumah. Nasib baik Kak Ngah ada plan baik nak ronda2 Banting petang Sabtu aritu. Harusla aku dan Izz ngekor kan. Berjalan dari Jalan Kebun ke Jugra kemudian patah balik ke Banting. Hoho.. seronoknya dapat jalan2 hirup udara baru (walaupun tak berapa segar). Dekat pukul 9 malam baru sampai rumah, kesian Farizal menunggu lama. Heheh, jangan marah ye abah!

Malam tu Kak Ngah sekeluarga tidur kat rumah. Pukul 10 pagi kami gerak ke Rawang pergi rumah Kak Ngah. Pas lunch and lepak2 (baca majalah atas katil) kami gerak ke Tasik Puteri tengok rumah baru Kak Ngah. Auwwww.. Kak Ngah sudah beli rumah sekarang. Alhamdulillah.. bukan bungalow atau semi D, cuma apartment kecik saje. Okla tu kan? Alang2 dah sampai jengah showroom unit sekali. Huhu.. bestnya. Tak lama lagi Izz boleh lepak2 rumah baru Mak Ngah yang ada swimming pool tu tau. Debush! Debush! Nanti kita terjun tiruk ramai2 ye.

Tengah sedap2 menikmati panaroma Tasik Puteri tiba2 Izz yakyak pulak. Adui.. mana nak basuh ni? Dah la showroom unit takde air. Kak Ngah ajak pergi rumah kawan dia Kak Ita dekat2 situ. Sambil bersihkan Izz boleh tengok sekali rumah Kak Ita sekali yang... fuh, hiasan dalamannya yang sangat indah mata memandang. Maklumlah.. kos id saja mencecah lebih 40k. Mana tau kalau2 aku boleh dapat idea untuk deko rumah aku nanti. Apa... 40k? gulp! Telan air liur jelah yang mampu :P

Rumah Kak Ita memang cantik. Keseluruhan warna adalah bertemakan warna biru ilham sang suami. Suami Kak Ita ni kreatif, pandai dia deko rumah. Rumah lengkap dengan built in cabinet, kitchen cabinet, hob & hod, lampu2 dinding, lampu2 gantung (macam2 jenis), bilik anak bujang & anak dara yang sangat kemas dan cantik dan macam2 lagilah. Wah... sukar diungkap dengan kata2. Aku tak bawak kamera so takdela ambil gambar. Hp pun dah lama corrupt, kamera tak boleh guna (kedekut hantar repair :]). Ar.. rumah Kak Ita ni pernah masuk dalam majalah Harmoni tahun 2007 dulu. Glam tuh.. tapi dalam majalah, gambar rumah nampak lebih cantik mungkin sebab teknik lighting. Rumah aku kalau diambil gambar dengan menggunakan lighting yang cantik, adakah.... ok jawapannya adalah TIDAK. Hehe..

Oklah nak samb buat kerja (yang sebenarnya: baca paper). Nanti cerita lagi, da..

*Baru kurang sikit mengantuk, kena tulis blog baru motivasi bertambah ^_^

Friday, October 23, 2009

Jamuan Raya Jabatan 2009

Ini adalah entry terpendam sejak minggu lepas. Tak sempat menyempat nak update cerita. Pagi ni aku curi2 masa sikit untuk update entry pasal Jamuan Raya Jabatan aku aritu. Tengok gambar ajelah ye, malas nak cerita-cerita. Susunan gambar adalah tidak mengikut kronologi majlis, belasah je.


Gambar di atas adalah hiasan backdrop pentas. Dahsyat kan? Jabatan Penerangan ni tak kira acara apa pun, hiasan backdrop memang hebat. Maklumlah, jabatan aku ada 1 division khas yang dipenuhi dengan pereka2 (designer2) berbakat besar. Backdrop adalah hasil kerja Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka.


Kelihatan Erin, Lin dan Ruby bertungkus-lumus menyiapkan persiapan terakhir gerai kami - Gerai MKK (Media dan Komunikasi Korporat). Oh ye, gerai kami menghidangkan menu Nasi Dagang, Koktel dan aneka kuih raya. Koktel mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sampai kena bancuh 2 kali :)

Gerai kolaborasi antara GSPI (Gerak Saraf dan Pengurusan Isu) dan BTM (Bahagian Teknologi Maklumat) yang menghidangkan menu kuih-muih tradisional, aneka kek dan kerepek. Tengok hiasan gerai, ada umph! tak? Selain dari menjamu selera dan merapatkan ukhuwah sesama staf, majlis jamuan raya ini juga turut mengadakan pertandingan gerai tercantik. Setiap bahagian telah diamanahkan untuk membina gerai masing2 mengikut menu yang telah ditetapkan lebih awal dalam mesyuarat (siap bermesyuarat okeh). So bahagian masing2 pun jenuhla bersaing menghias gerai. Gerai sape paling cantik dan menarik. Nak menang hamper besar woh... (dan yang paling penting nak menang sorak! Hehe)


Persiapan demi persiapan. Sangat happening ok! Sehari sebelum dorang dah start angkut kerusi meja & hias gerai. Semangat... Kaum Adam turut tidak terkecuali.


Yezza.. tuan punya blog harus enterprem. Konsep raya tahun ini dan tahun lepas adalah hijau. Tudung hijau, baju hijau, dan eyeshadow harussss hijau. Lihat badan mak Izz yang telah naik beberapa kilogram kerana sangat tawaduk meraikan Syawal :) *Takkan Ramadhan je kena tawaduk..


Kaum kerabat sedang enak menjamu selera. Satay adalah menu gerai bahagian KPK (Khidmat Pengurusan dan Kewangan). Untuk mengelakkan ada kaum kerabat yang tidak dapat menikmati hidangan satay kerana telah habis (satay adalah menu paling popular dan paling cepat habis dalam mana2 jamuan sekalipun) maka bahagian KPK telah mengambil langkah bijak iaitu seorang staf hanya layak mendapat 5 cucuk satay sahaja (ini untuk golongan bukan VIP) Golongan VIP yang dapat duduk di meja bulat tu aku tak tau. Erm.. 5 cucuk pun kira ok aper. Kenyang gilos dah tu. Satay adalah satay ayam, daging dan perut. Nyum.. nyum..


The crowd! See.. very crowded. Inilah Dewan Bestari tempat kami berhimpun time Perhimpunan Bulanan or ada acara2 rasmi. Time jamuan raya ni je penuh sesak u ols, selalu sunyi sepi je. Especially time ceramah agama. Banyak benor kerusi kosong. Yang ni mak Izz malas nak komen ok :P


Tak lupa persembahan nyanyian dari artis PENTARAMA (artis berjadual yang sign kontrak dengan Jabatan Penerangan) Dorang ni menyanyi untuk acara-acara rasmi kerajaan. Makan gaji bulan2. Macam kerja kerajaan juga cuma statusnya kontrak. Sedap ke tak suara dorang? Okeylah... ada sedap, ada suam2 kuku. Yang pasti, tetap menghiburkan... Nampak kat tepi depan pentas tu? Iye, itulah hamper yang dinanti2.

Okey deretan bekas2 comel berbalut renda2 biru dan purple ni adalah aneka kuih raya di gerai kami. Bekas kuih raya sponsored (dipinjamkan) oleh Kak Nurul. Kuih2 dalam tu masing2 bawak. Luak la juga sikit2.


Inilah Koktel yang aku cerita kat atas tadi. Dapat sambutan yang sangat argh... dahsyat u ols. Resepi oleh Kak Nurul juga (our chef merangkap peniagawati berjaya).


Yang ini pulak adalah gerai minuman hidangan bahagian KPK. Ada air oren, air masak (penting ni tau) dan paling besh ABC ma... ayaq batu campoq! Tapi aku tak pekena pun ABC ni. Sebab tahu hidung jenis tak tahan minuman sejuk, cepat selsema (srettttt.. sambil menyedut sesuatu yang baru keluar daripada hidung)


Menu kek-kek dan kuih-muih. Owh dahsyat.... (sambil mengira2 kalori)

Cantik mulus je kek ni kan. Kek ni adalah hidangan bahagian PDN (Penerbitan Dasar Negara), sumbangan KLCC. Aku tak merasa pun kek ni sebab aku dah naik pejabat sebelum sempat dorang potong. Tak apelah, kurang sikit tepek2 lemak kat perut nih.

Okey tu jelah gambar yang sempat diambil. Majlis panjang lagi tapi sebab bateri kamera dah kong tak dapatlah snappy2 lagi. Kesimpulannya jamuan raya tahun ni tetap best seperti tahun2 terdahulu. Bagus juga jabatan buat sekaligus macam ni jamuan raya, kira takla perut aku padat hari2 dok mengisi makanan je :) Oh ye, keputusan gerai tercantik adalah jatuh kepada....... Bahagian PDN yang menghidangkan kek seketoi tadi dan mi kari yang super lazat. Aku takde pulak amik gambar gerai dorang, heheh. Honest aku cakap, gerai bahagian aku lagi cantik (sedikit perasan) tapi tak menang sebab takde konsep. Gerai PDN ni berkonsepkan 1 Malaysia, jadi bahagian doranglah yang dapat menjulang hamper pujaan qalbu itew.. dan paling best dapat menang sorak.. yahoo!! (untuk warga PDN).

Sekian sahaja entry bergambar Jamuan Raya Jabatan 2009 kali ini, jumpa lagi tahun depan (kalau aku masih di sini la, rasa macam nak tukar tempat kerja je..)

Ok chow!

Thursday, October 22, 2009

Birthday Cake

Sebelum pulang mari tulis 1 entry dulu. Ni kes nak kejar 5 entry yang sudah tertinggal (merujuk kepada misi 1 bulan 30 entry). Okeh, sebelum2 ni asik entry cerita je tanpa gambar. Dahle aku cerita panjang lebar. Mesti ramai menyampah baca cerita aku kan. This time entry bergambar pulak.

Seperti yang aku war-war dalam blog ni, 27 September lepas adalah birthday aku. Dan beberapa hari selepas tu adalah birthday Acik. Maka, aku sekaliguskan lah entry birthday cake aku dan Acik ye. Hehe..

Last year aku dan Farizal tak celebrate birthday (even beli kek pun tak). Yelah masa tu aku tengah mabuk kepayang. Bulan puasa lak tu. Tak koser la kan nak beli kek ke bagai. Farizal pun takde belikan aku hadiah apa2 (tak romantik dia nih). Tapi adalah dia bagi aku duit sikit suruh beli cincin. Tapi sampai ke sudah aku tak beli cincin (sebab kena tambah duit sendiri untuk beli cincin yang aku berkenan). Last2 duit tu aku guna untuk kegunaan harian, buat beli apa tah aku pun tak ingat (masa ni pulak aku jadi tak romantik, heheh!).

This year entah apa mimpi Farizal, dia belikan aku kek. Memang sangat surprise sebab otw balik kerja dia tak cerita apa2 pun pasal birthday aku. Masa dah sampai rumah, boleh pulak aku rileks2 je tak bukak peti ais. Pas maghrib tu baru rasa macam nak minum air, baru bukak peti dan... owh ada kek harijadi! (Terus aku tersipu2 malu ibarat seorang gadis yang baru dirisik). Bawak keluar kek dan apa lagi.. kasi potong2la itu kek dan makan.

Oleh sebab dah berjanji kali ni adalah entry bergambar. Meh tengok aksi Izz dengan birthday cake aku yang belum dikendurikan lagi.



Izz Haris teruja melihat kek yang ada lilin nan sebatang (sambil menggerakkan walkernya perlahan2 ke arah kek)



Serangan bermula. Izz mula menghulurkan tangan untuk mencapai kek. Abah cuba sedaya upaya untuk menghalang Izz.



Percubaan hampir berjaya. Izz sudah semakin hampir...



Wah Izz cuba menggunakan senjata. Hiyark! Hiyark! "Don't play2 with me" Kata Izz Haris dengan penuh garang.



Eh macam best pulak senjata nih. Erm.. No more cake. I want this!



Mak.. jaga2 tahun depan. Birthday mak next year umur Izz dah 1 tahun 6 bulan. Dapat ke mak dan abah selamatkan kek lagi? Watch out!!!

Itulah gelagat Izz bila nampak kek. Dia teruja dengan lilin tu sebenarnya. Budak2 kan. Of course lah suka dengan benda2 pelik yang dia jarang nampak. Last2 memang tangan Izz sempat juga menjangkau tepi kek. Huhu.. 1 hal pulak nak kena cuci tangan Izz. Pastu nyum..nyum.. (abah, mak dan Acik terus jamah kek takut insiden kek terlangkup pulak).

Masa birthday Acik aritu aku tekad takmo beli kek sebiji. Beli slice2 udahler. Lagipun yang nak makan cuma 3 orang. Aku memang dah lama nak makan kek2 ni. Huhu.. layan..



Mango Delight dan Chocolate Indulgence. Wow... very yummy sampai menjilat kotak :) Pasni nak beli lagi lah perisa lain pulak (walaupun bukan birthday sape2) Hehehe...

Masih Sempatkah?

Masih sempatkah mengejar beberapa entry lagi untuk mencapai misi 1 bulan 30 entry? Hehe.. tak tahulah sempat ke tak. Takpe, kalau tak sempat pun aku boleh terus berusaha pada bulan2 yang akan datang. Mana nak sempat, harapkan online di ofis aje. Kat rumah bukannya ada internet. Nak pasang pun rasa macam.. nanti dululah. Bukannya penting sangat internet ni kalau pasang kat rumah pun. Maklumlah aku bukannye ada bisnes atas talian. Eh tapi mana tau, kut2 pasni boleh mencuba ke.. Memang dah lama aku dok pikir2 camnela nak cari duit lebih. Nak buat OT pun dah tak sesuai sekarang. Kesian la dengan Izz kat rumah tu. Dahle gelap subuh sapi'e aku kuar umah, dah nak gelap (maghrib) pulak baru aku sampai rumah. Kalau buat OT tah pukul berapa baru aku dapat jumpa & spent masa dengan dia. Kesiannnn Izz. Lagipun internet ni kalau ada kat rumah hanya boleh guna waktu leisure je. Orang tak berdisiplin macam aku ni bahaya. Buatnya aku tukar bertenet tu jadi priority, tak ke bahaya? Woho.. jangan buat pasal. Baik aku online dari ofis saje. Jimat pun jimat (blurgh..).


Oleh sebab mood dah semakin baik (memikirkan profit yang bakal masuk ke dalam kocek walaupun sedikit), aku nak cerita sikitlah pasal pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan yang aku pergi aritu. Aku masuk ofis dulu punch card seperti biasa then breakfast. Nak attend majlis kena alas perut dulu. Aku tak suka biarkan perut lapar sampai ke tengahari, nanti mood tak berapa baik. Then buat kerja sikit, jam 8.30 pagi baru aku gerak ke Menara DBKL, Jalan Raja Laut. Event tu berlangsung di Auditorium DBKL, dekat aje dengan bangunan ofis aku ni. Sebab aku rasa macam dekat, aku decide nak pergi sendiri aje naik tren then jalan kaki sikit about 10 min dah sampai. Kalau rasa2 dekat dan mudah (ada public transport) aku prefer pergi mana2 event kerja sendirian berhad aje. Lainlah kalau jauh beratus batu or tempat tu takde/susah public transport haruslah minta kereta jabatan kan. Bukan ape, selagi boleh memudahkan orang, kita mudahkan. Lagipun bagus juga eksesais ni. Alah.. apa la sangat kan? (sebab aku memang hari2 turun naik LRT, so xde masalah nak naik public trans) Hehe.. Dengan Lin2 pun kami naik tren dan jalan kaki saje. Syabas ibu mengandung! (kalau sihat dan larat, toksah mengada2 kata tak boleh berjalan kaki sikit walaupun mengandung. Bukan nak jalan laju2 challenge Yu Fang dalam pertandingan lumba jalan kaki, ketwok pelan2 sudahla.. yang penting sampai ke destinasi dengan selamat) -> Ini adalah pesanan penaja.

Sampai je terus masuk dalam bangunan. Wah.. syiok meh sebab ada red carpet (aku tahu red carpet tu bukan untuk aku of course) So aku tak pijak pun (jaga kebersihannya untuk dipijak oleh Menteri nanti) Oh sila tahu, VIP yang merasmikan majlis pelancaran tempoh hari adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Raja Nong Chik (kecik molek aje orangnye). Masa kat lobi Menara DBKL, ada la beberapa booth yang baru nak dibuka. Ada booth Dewan Bahasa dan Pustaka (salah satu penganjur) yang menjual bermacam2 jenis buku. Oleh sebab dalam wallet cuma ada beberapa hinggit saje tak dapekla menyambar 1 buku pun. Frust2! Pastu aku ke sebelah kanan, tengok map lokasi STAR dan PUTRA LRT laluan baru. Woh.. aku dan Lin sangat teruja. Bagi kami yang tinggal jauh2 ni (Lin di Shah Alam, aku di Jalan Kebun) berita tentang laluan baru LRT adalah sangat menggumbirakan. Tengok2la sambil cerita2 dengan Lin yang kununnya rumah aku di sinun... (padahal tak masuk pun dalam peta tu) Heheheh!

Lebih kurang 10 minit kat lobi, kami pun naik atas. Actually kami start naik atas ke auditorium selepas muzik gamelan dimainkan. Wow memang tersangat best. Aku sangat suka muzik gamelan ni. Aku selalu berangan yang aku jadi salah seorang dari pemuzik kat situ. Mesti hebat kan kalau aku duduk bersimpuh tersenyum ayu sambil jari jemari yang halus dan runcing (jari botok2 sebenarnya) memukul setiap .... (eh apa nama alat muzik gamelan tu? Tiba2 terlupa pulak). Oh sungguh ayu! Tapi mesti tersangat sukar apabila aku terpaksa menukar gaya bersimpuh setiap 10 minit sebab sebelah kaki yang terhimpit telah cramp. Ye, kaki aku memang mudah cramp! Dulu2 masa sekolah rendah masuk dikir barat wakil sekolah lawan sampai peringkat negeri bila kaki cramp, owh.. tersangatlah bencinya! *nak berlagak cerita pernah masuk dikir barat :)

Okey dah teringat, alat muzik gamelan di atas yang terlupa tadi adalah 'canang'. Ok dah masuk auditorium terus tak suka dengan lampu di situ. Cahaya lampu adalah berwarna kuning-kekuningan (memang membuai mata untuk jadi mengantok). Aku risau sangat kalau2 tertidur dalam auditorium (memang tertidur pun). Masuk dalam auditorium dalam pukul 9.15 pagi, sebelum tunggu kedatangan Menteri pada pukul 10.00 pagi, maka adalah persembahan sikit dari DBKL. Ada live band yang dianggotai oleh warga belia (40 thn ke atas, hehe. Tapi aku perasan ada sorang anak muda kat situ... haizzz.. kagum2) Macam2 alat muzik ada seperti trompet, seksafon (betul ke eja ni?), trombon (betul kah?), keyboard, drum of course, gitar (bukan gitar kapok ok) seruling (besi) dan macam2 lagilah yang aku tak tahu nama alat muzik tu. Memang sangat teruja! And pasukan koir DBKL yang menghiburkan kami dengan lagu2 melayu, English, hindustan dan cina (yang sangat fofular dalam irama koir). Best woh... i likeeeeeeeee!!! *Sangat susah untuk kontrol diri daripada goyang2kan kaki dan kepala. Aku sangat argh.... (gila muzik barangkali!) Mak Izz... ingat! Ini event kerajaan, jangan over! "Ok2, aku muhasabah diri" sambil tertunduk lemah.

Then Menteri pun sampai. Waduh2 diiringi oleh gadis2 yang cun melecun (kerana makeup tebal 3 inci plus bulu mata pelesu melentik tebal macam bulu mata gajah). Siap bersirih2 junjung occay! Then adalah ucapan2. Yang aku ingat ucapan oleh KP DBKL, ucapan oleh KSU Kem Wilayah, then ucapan Menteri sendiri. Aku tak ingat apa butir ucapan sebab aku zzzzzzzzzzzzzzzzzz... (ngorok adalah terbaek). TIBA2!!! Tiba2 adalah gimik pelancaran. Yes, masa ni aku cuba buka mata aku luas2. Nak tengok gimik la kan. Best ke tak. Nanti orang tanya, melopong pulak taktahu nak jawab. Ok, gimik pun best sebab Menteri telah diminta untuk melengkapkan teks dalam tulisan jawi yang berbunyi "Bahasa Jiwa Bangsa". Bagus kan? Aku suka sebab dorang guna tulisan jawi (di mana adalah tulisan dalam peradaban melayu dulu2. Bukan senang nak cari orang zaman sekarang yang masih pandai baca tulisan jawi) Setel pelancaran apa lagi.. mestilah persembahan kesenian oleh warga DBKL.

Okey masa ni mestilah mata aku dah tak mengantuk lagi. Persembahan kesenian dorang adalah tarian yang berkonsepkan 1 Malaysia. Ala.. gi mana2 pun sekarang sume pun konsep 1 Malaysia. Sebagai warga Malaysia, sokong jangan tak sokong k! Dah seronok tengok show dorang yang berwarna-warni maka tamatlah majlis pelancaran bulan bahasa. Majlis pelancaran je yang tamat, bulan bahasa tak tamat okeh. Baru je nak bermula. So janganlah malu2 untuk berbahasa Melayu sepanjang masa (terutama dengan orang Melayu) walaupun korang tu 100% fasih berbahasa Inggeris. Bukan apa.. sape lagi nak berbahasa Melayu, yang nak berbangga dengan bahasa Melayu kita ni kalau bukan kita orang Melayu. Sedangkan orang Cina dan orang India pun boleh berbahasa Melayu bila berbual sesama dorang, inikan pulak kita orang Melayu. Okey2 aku mengaku, lebih ramai yang prefer berbahasa Inggeris bila berbual (yelah, nak mantapkan bahasa Inggeris la katakan). Aku pun setuju kalau orang Melayu dan orang bangsa bukan Melayu nak berbual dalam bahasa antarabangsa tu (sebab nak mantapkan English). Tapi kalau sesama Melayu pleaseeee lah.. (cewah please tu kan bahasa Inggeris, hehe) tolong cakap bahasa Melayu ok. Ajar anak2 tu peribahasa dan simpulan bahasa. Ajar anak2 tu tulisan jawi. Ajar anak2 tu mengaji, eh eh ok dah keluar tajuk. Hoish.... penatnya makcik membebel.

Okey dah nak abis waktu rehat pun. Dipendekkan cite, majlis tamat jam 12.00 t/hari. Ada makan2 sikit (menu bihun sup, nasi impit, lemang, rendang etc) then terus balik ofis. Haha.. percaya ke balik ofis terus? Tak ye. Oleh sebab dah dekat waktu rehat, kalau aku balik terus ke ofis pun mesti sampai ofis pukul 2 petang. Nehi kabi nehi, aku dan Lin singgah Sogo beli present untuk Shahrir (ofismet yang akan bertukar ke Imigresen tak lama lagi) then singgah Avon (beli barang2 penjagaan kulit untuk aku, tapi terbeli eyeshadow dan eyeliner sekali). Tak lupa singgah Maju Junction untuk beli Wafito Waffle (penampung perut takut2 lapar petang nanti) dan beli paper bag untuk Shahrir (isi hadiah dia dalam paper bag tu). Puas puas puas hati sangat2! Puas hati sebab dapat gumbirakan hati tengok show hebat kat auditorium dan puas hati sebab dapat pencuci muka Anew yang harga asal RM42.90 tapi lepas sale hanya RM10.90 saja. Beshhhh!

Sekian, terima kasih.

Selsema, Sakit Tekak & Batuk

Semalam aku EL, tak berapa sihat. Hidung selsema teruk tak henti2 berhingus. Sakit tekak plus batuk2 sekali. Kalau batuk tu siap berkahak2. Iey.. geli je korang baca kan. Aku yang menghadap ni lagilah seksa dan sengsara. Tapi aku sabar je, masih lagi bertahan datang ke pejabat Isnin dan Selasa, tapi semalam aku dah tak larat sangat. Selasa malam tu Farizal pulak sakit perut kronik, siap muntah2 terbelahak. Tengah malam raba dahi dia, demam pulak. Isk isk.. aku tak sihat, suami pun tak sihat. Nasib baik la selsema Izz dah kurang & dia pun tak meragam sangat kebelakangan ni.

So semalam aku duduk di rumah aje. Tak pergi klinik pun sebab ubat klinik masih berlambak lagi kat rumah. Makan ubat yang ada je. Rasa la lega sikit. Tapi tulah, beza duduk di rumah dan datang ofis ni sebab kat rumah tu selsema teruk macam mana sekalipun cuaca tak sejuk dengan aircond. Kira selsema tu jadi kurang. Tapi kat ofis ni, sejuk bukan main. Manala tak semakin teruk dan teruk selsema nih. Hesh... entah bila mau baik. Sabar jelah banyak2. Farizal semalam dapat mc tapi dia kerja half day, kul 1 baru sampai rumah. Kesian kami, badan tak sihat tapi sebab kerja banyak kena jugak pergi kerja :(

Nak kerja pun takde feel. Tapi terpaksa juga datang kerja. Mana boleh cuti hari2, kerja banyak. Atas meja aku ni bersepah2 kerja menimbun. Bilik kat ofis ni pun sangatlah bersepahnya. Argh.. tensionnya kerja macam ni. Nak jawab panggilan telefon pun tak best. Suara rock. Bila hidung tersumbat mulalah sengau semacam. Kena ulang 2-3 kali pulak bila bercakap sebab orang tak faham. Iey benciiiiiiiiii...

Aku tak suka berada dalam mood yang tak baik. Nanti orang suruh aku buat apa2, mulalah muka aku masam je. Bukan niat tak suka dorang suruh2, tapi memang tak boleh nak senyum sebab hati rasa bengkek. Bengkek sebab hidung tak selesa, tersumbat dan berhingus. Dada lak rasa pedih je macam terbakar. Bila batuk mulalah aku rasa pedih giler kat tekak. Argh... sangat tak suka!

Okey2 aku tak boleh merungut lagi. Lagi banyak aku merungut, lagi bertambah dosa aku. Yelah, penyakit ni kan Allah yang bagi. Kenapa aku nak merungut bila Allah bagi aku penyakit. Patut aku bersyukur yang Allah masih sayangkan aku. Bagi peringatan kat aku yang waktu sihat lawannya sakit. Padanlah muka dengan aku yang mungkin ada buat salah dan silap kat mana2 ni. Huhu.. yolah2 aku mengaku memang aku ada buat salah. Jadi memang dah jadi kewajipan aku untuk bersabar di atas segala dugaanNya.

Ok dahla tu, aku nak sambung buat kerja plus nak kemas bilik sekali. Nak update blog cerita macam2 pun takde mood, nanti mood baik dah datang aku update ye. Entry terpendam ke.. entry basi ke.. kalau aku dah update tu.. korang terpaksalah baca jugak kan?

K daa.. Adios melangkos! (tiru trademark orang)

Tuesday, October 20, 2009

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009

Hihi.. skemanya tajuk aku kali ni. Wah.. mesti korang tak percaya kan. Pagi2 lagi aku sudah update blog. Okey, aku bagi masa 3 minit pada diri aku untuk update entry ni sependek-pendeknya. Yelah, selalu panjang2 sampai berpinar mata ek. Kikiki..

Petang semalam aku dapat surat undangan ke Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Wilayah Persekutuan KL. Nama yang kena pergi kat bahagian aku ialah nama aku dan Lin. Oleh sebab aku memang sangat mencintai bahasa kebangsaan kita maka aku gigihkan diri untuk turut sama menghadirkan diri walaupun tak ditulis kehadiran adalah diwajibkan. Lagipun aku pun saja je nak jalan2 cuci mata keluar dari ofis ni. Hehehe!

Oklah, nak pergi dah ni. Nanti balik ada masa free aku cerita lah sikit apa pasal pelancaran ek. Tata titi tutu...

Monday, October 19, 2009

Apa Ada Dalam Handbag?

Hehehe.. mengada je bunyi tajuk aku kali ni kan? Aku memang mood mengada sekarang selepas mood duka lara pagi tadi. Nak gumbirakan hati sendiri kenalah tulis perkara yang aku suka. Lagipun tadi baca blog Serie cam seronok pulak dengan tajuk entry dia "Pe Ada Dlm Handbag Anda Skang". Aku rasa macam bertanggungjawab pulak nak jawab soalan dia walaupun dia tak soal aku pun sebenarnya.

Jangan buang masa lagi, meh baca versi aku.

Eh2 sebelum tu nak brief sikit pasal handbag aku yang murah ni. Handbag aku tak bersaiz besar, sederhana aje. Sebab dulu aku pakai beg besar, kejap je dah jahanam (sebab suka isi macam2, selagi muat beg selagi tu aku isi segala macam benda). So sebagai pengajaran, aku gantikan beg yang dah jahanam tu dengan handbag baru yang bersaiz sederhana agar pisang tidak berbuah 2 kali. (Ini adalah peribahasa, pisang tidak ada kena mengena dengan cerita handbag aku okeh!)

Barang2 dalam handbag aku sekarang, 19 Oktober 2009 adalah:

1. Wallet Milk Teddy kaler coklat - wallet ni hanya simpan kad2 sahaja (mykad, mykid, kad atm, kad bisnes (org punya), kad klinik, kad jusco, kad tesco dan resit2 bil yang kunun2 penting nak rujuk pada masa hadapan. Sila tahu takde duit kertas langsung dalam wallet ni. Hanya kepingan syiling (untuk buat syarat bahawa ini adalah wallet).

2. Beg syiling + handphone - ok beg pink kecik comel ada teddy bear kat luar ni barulah menjadi wallet untuk aku simpan duit untuk belanja hari2 ke pejabat. Aku tak bawak duit banyak ke pejabat setiap hari, memadailah perbelanjaan untuk seminggu. Sekarang pun cuma ada RM10 je dalam tu plus duit syiling sikit, aku ulang alik naik tren guna pas so tak perlu duit lebih. *Lagipun boleh jimat wang dari terbeli benda yang bukan2 if ada salesman/girl datang menjual di ofis or terbelanja beli benda bukan2 bila keluar makan kat shopping mall. Oh ye, beg ni ada 2 zip, 1 letak duit dan 1 lagi letak handphone. Mudah dan menyenangkan!

3. Bedak 2 way cake Maybelline - hangkut je bedak hari2 pergi ofis tapi jarangggggg sangat guna. Hanya guna kalau terasa nak guna (itu pun sebab ada function kat ofis) Kalau tak memang harem. Mungkin kegunaannya lebih kepada nak guna cermin kut (mana tahu tiba2 ada emergency ke yang memerlukan penggunaan cermin seperti.. apa2 jelah. Malas nak pikir)

4. Sapu tangan kaler oren - owh aku lebih prefer menggunakan sapu tangan berbanding tisu. Dulu2 masa zaman anak dara memang tisu adalah benda wajib yang mesti ada dalam handbag. Tapi sekarang, sapu tangan adalah benda wajib. Mungkin sebab aku dah jadi mak-mak kut. Sapu tangan adalah lebih bersih dan bebas habuk (betul ke?).

5. Kunci pejabat (kunci pejabat yang terkandung kunci bilik aku dan bilik bos). Ye sila tahu yang aku tak bawak kunci rumah. Selalu aku memang bawak dalam handbag tapi hari tu aku tinggalkan kat rumah (pasal apa tah), sampai sekarang belum ambik lagi letak semula dalam handbag ni. Kalau ada kecemasan, habis aku! Ar.. aku juga tiada kunci kereta kerana aku tiada kereta. Macam mana aku nak ada kereta sendiri sebab aku takde lesen. Eh bukan2. Aku memang takde kereta sebab aku tak mampu nak beli kereta. Aku miskin...

6. Hari ni aku bawak 3 jenis lipstick. Bawak je, guna tak pun. Tiga2 brand Avon. 1 lipbalm, 2 lagi adalah lipstick kaler pink dan oren. Selalu aku bawak sekali lipgloss (ala2 sexy la bibir kunun2 kalau pakai) tapi hari ni aku tak bawak.

7. Buku bank ASB dan duit untuk simpan (wah.. dari minggu lepas aku hangkut buku bank ni tapi sampai sekarang belum bank in lagi. Isk isk..) *Bila tulis entry ni baru aku teringat pasal nak bank in duit. Haishhhh...

8. Sebatang pen hitam - sape tah cakap dengan aku. PA mesti ada pen dan buku nota kecik dalam handbag. Mudah kalau nak catit apa2. Tapi aku cuma simpan pen, buku nota aku tak bawak. Boleh tak consider kepala otak aku ni je sebagai buku nota (patutlah aku selalu terlupa catit benda2 penting) Hehe..

9. Pendrive Farizal - spare untuk kegunaan pada masa diperlukan. Pendrive aku dah hilang baru2 ni masa isi form HRMIS secara online kat Bahagian Teknologi Maklumat aritu. Frust sangat tau!

10. Botol perfume size miniatur yang dah kosong - korang.. sebenarnya dulu perfume ni ada isi. Baru je last week tumpah. Patutla tiba2 je handbag aku wangi semacam. Aku ingatkan handbag aku wangi sebab berkat aku mengalirkan wang ke tempat2 yang baik (perasan). Rupa2nye perfume miniatur (satu jenis dengan perfume hantaran aku) yang tumpah. Huhu.. sedey gak. Tapi sampai sekarang aku tak buang botol kosong tu, sebab aku sayang. Lagipun aku nak kewangian tu kekal dalam handbag aku sampai bila2 (taklah, tapi aku akan simpan sampai handbag aku ni jahanam. Pas beg jahanam, aku akan simpan botol kosong tu kat rumah kut. Tak pun kalau2 time tu dah rasa kurang feeling, aku buang je la botol tuh) Kihkih.. (sentimental ku hanya sementara)

11. Topeng muka cotton - sekarang aku dah tak pakai topeng muka walaupun selsema. Tak tahu kenapa, maybe sebab dah tak takut dengan wabak H1N1 agaknya. Yelah, kes pun dah tak berapa mengganas (tapi tak tahulah kalau2 KKM off record). Jangan marah aku tau! Tapi aku tetap spare topeng dalam handbag aku. Manalah tahu tiba2 rasa sayang kat diri ke.. aku boleh seluk handbag dan terus pakai (tapi masihkah terjamin kebersihannya?)

12. Hand sanitizer brand Protex - wah.. topeng muka tak mahu pakai tapi hand sanitizer ada la pulak. Aku beli hand sanitizer ni sebab terpengaruh dengan iklan dalam tren. Lagipun memang aku dah lama nak beli, nak amalkan langkah penjagaan kebersihan paling maximum la kunun2. Kerap juga pakai especially bila terasa tangan ni kotor pegang besi & pemegang tangan dalam tren tuh. Lagipun aku suka bau wangi kat tangan selepas pakai. Ghau ghau bau dia.. (tiru Syamsul Ghau Ghau).

13. Of course pas tambang LRT aku. RM100 woh kalau hilang. So, kena jaga baik2!

14. Tiket wayang Papadom last week. Wah.. masih simpan lagi tak buang2. Kenangan bersama Serie (ceh, padahal lupa nak buang. Erm, tunggu dah lunyaila baru buang. Sayangla.. dah lama tak simpan tiket wayang dalam handbag :)

15. 5 keping voucher King's Confectionary Sd. Bhd. bernilai RM1 setiap satu. Ahaks! Pedih je dengar bunyi RM1 kan. Tapi korang, walaupun hanya singgit tapi tetap bernilai. Aku memang suka makan roti. Kat King's ke.. La Boheme ke.. Lavender ke.. semua2 kedai roti aku suka (tapi paling suka kedai roti kat Sogo tu, apa nama kedai tuh lupa pulak) Voucher ni expired bulan 12 nanti, so nanti bila2 aku singgah King's aku tebusla. *Hari tu dah pergi tapi lupa ada voucher. Takpe.. masih valid lagi.

16. Botol Pil Phyto Natal Nona Roguy - motif aku angkut botol ni dalam handbag aku? Untuk pengetahuan semua, pil ni adalah saki baki pil untuk aku makan dalam pantang hari tu tapi sebab aku ni adalah orang yang sangat (cari antonim kepada perkataan berdisiplin) maka dah 7 bulan lebih pun pil ni masih tak habis2 (sepatutnya habis dalam tempoh 45 hari berpantang). Aku baru je bawak hari ni sebab aku rasa aku nak start makan semula. Yelah, kang tak pasal2 pulak expired gitu je. Ingat murah? Owh kenapa aku tak makan di rumah aje ye? Sebab selain daripada aku tak berdisplin, aku juga adalah seorang pelupa. Kalau di rumah, confirmlah benda2 remeh macam ni aku takkan ingat punya. Kalau kat ofis, kemungkinan untuk ingat tu adalah 60%. *Sila rujuk semula kes terlupa simpan duit dalam ASB itu ye!

17. Tisu yang dah digunakan. (What the... heheheh) *Aku tak guna tisu, mesti tisu Izz Haris nih (ahakssssssss).


Okey, tu jelah barang2 yang ada dalam handbag aku hari ini dan pada hari2 lain selalunya. Tu jelah? Hambek ko sampai 17 item. Hello.. baru 17 item ok. Cuba tanya perempuan2 lain? Dah kira sikit la tu... alah takyahla tanya orang lain. Baca blog Serie je.. dengan skru & bateri pun dia hangkut. Motif??? Ekekek.. iey aku jahat. Ada ke mengutuk teman wayang Papadom aku. Eh oklah, aku nak pergi beli makan ni. Tadi rehat tak sempat beli sebab bos ada. PA yang baik mestilah sentiasa berkhidmat untuk bos walaupun waktu rehat (jangan percaya sebab aku tipu. Sebenarnya aku tak keluar rehat tadi sebab aku update blog. Kebetulan je bos pun suruh macam2 tadi, kira terberkhidmat la kiranya. Hehehe)

Tata...

Eh belum tata lagi, sebelum chow aku nak tag kawan2 untuk tulis entry pasal tajuk ni "Apa Ada Dalam Handbag". Silalah jawab jika ada masa free ok. Tak perlulah panjang lebar kalau tak cukup masa. Tapi kalau panjang lebar pun bagus juga sebab aku suka membaca (sebenarnya penyibuk nak tahu apa ada dalam handbag korang). Mesti macam2 jawapan kan.

Siapa aku nak tag?

Yang wajib buat - semua kawan2 kat list Friends Blog aku. Aku spotcheck everyday tau! Aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni, tak buat siap! (takot tak kat aku, sila takot ye)

Yang wajib buat jugak - semua follower aku. Alah.. bukan ramai pun follower aku, ada 19 orang je. Hihi.. terima kasihla sudi follow blog aku. Baca ke tak nih? Jangan follow je tapi tak baca (kesian kat korang kena baca cerita panjang berjela aku) Takpe, kalau korang boring.. baca skip2 pun takpe. Aku tak marah (jaga hati follower).

Suka ati nak buat ke tak - kepada mereka yang terbaca entry/blog aku kali nih. Tapi kalau korang pernah buat tag ni dan rasa2 malas nak taip lagi, takyahla. Tapi kalau belum pernah buat dan rasa suka nak buat, aku alu2kan. Tak tahu kenapa, tapi macam best je tulis entry gini sometimes.

Wokeh, dahla. Aku chow dulu nanti jumpa next entry. Tata...

Friday, October 16, 2009

Jamuan Raya BMKK 2009

Rabu, 14 Oktober 2009

Tahun ni jamuan raya bahagian aku (BMKK), hanya terbuka untuk warga BMKK sahaja. Selalunya tiap2 tahun kami jemput pegawai dan staf dari bahagian2 lain. Kenapa kali ni kami tak jemput bahagian lain ye? Kerana ini adalah permintaan dari Y. Bhg. Dato' KP sendiri. Dato' KP minta semua bahagian berkumpul dan adakan jamuan hari raya serentak secara besar2an di dewan pada 15hb nanti. Okey.. kita ikutkan ajelah kan. Saya yang menurut perintah!

Berbalik semula kepada jamuan raya bahagian kami. This year kami berkonsepkan potluck. Bahagian cuma order nasi tomato sebagai main dish manakala menu2 lain setiap staf kena bawak makanan (dah diagihkan orang ni bawak menu apa.. orang tu bawak menu apa.. secara sukarela) then share semua makanan dengan orang lain. Aku rasa lagi best konsep potluck ni kerana dapat jimat lebih banyak wang bahagian (pasti KSU tersenyum riang) dan dapat rasa macam2 menu air tangan warga BMKK sendiri. Menu adalah seperti laksa (Kak Zizah), mi kari (Kak Nurul), nasi impit (Lin), kuah kacang (Datin), koktel, puding, aiskrim, buah-buahan, kek batik, kuih muih, kerepek dan macam2 lagilah. Maaflah yang lain2 tu aku tak ingat sape yang bawak tapi yang pasti masing2 ada bawak makanan (tak kisahlah masak sendiri ataupun beli).

Aku bawak apa? Hehehehehe.. (panjang je hehe tu, lain macam je bunyinye. Ahaks!). Ok meh cite, aku bawak nasi impit 2 bungkus kecik (tu pun sebab nak abiskan stok kat rumah) Campurkan sekali dengan nasi impit yang Lin bawak. Pastu aku buat air teh 'O' ais limau untuk 1 ofis. Kesimpulannya, aku tak bawak apa2 makanan pun :P Walaupun tak bawak makanan, tapi kan aku ada buatkan air untuk semua staf. Consider menyumbang gak la tu kan. Ekekek.. (buruk perangai sungguh)

Takkan cerita je kut. Mehla tengok gambar masa jamuan aritu. Tak banyak pun gambarnya tapi jadilah..



Wow, gambar di atas adalah gambar kawan2 sepejabat bersama menu yang sangat yummy!!! Dari kiri: Kak Nurul (tukang masak BMKK merangkap peniagawati berjaya), Nana (peniaga kuih raya berjaya - tolong bisnes mak mertua), aku (tokei minyak gamat, rujuk wajah yang sangat berminyak sampai boleh buat minyak masak), Ruby (nama sebenar adalah Rabiaton), Erin (ibu kepada Hakim yang lagi 3 hari cukup umur 1 tahun, hepi besday Hakim!) dan Lin (bakal ibu bulan 5 tahun depan, insyaAllah). *Fuh, penat aku fikir description dorang.



Buah-buahan tempatan tidak dilupakan. Ramai jugak yang hantu manggis ye.



Hidang dengan periuk2 sekali, baru awesome! Sila tahu bahawa di dalam periuk bertangkai itu adalah rendang kerang Kak Jizah yang sangat owh.. (hanya Erin saja yang boleh menjelaskan kesedapannya). Kak Jizah bawak penuh 1 periuk, bila petang waktu nak berkemas sume kerang2 termasuk serdak2 missing in action. Tinggal periuk shj semata2. Hebat kan?



Lagi menu2 yang ada. Tak muat meja bujur, terpaksa letak atas meja tepi. Ada koktel, aneka jenis kek, puding dan bermacam2 jenis kuih raya dan kerepek.



Okey ini adalah gambar terakhir. Farizah dan Nana. Nana adalah ofismate. Farizah adalah jiran ofis sebelah. Hehe.. Farizah adalah tetamu luar pertama kami. Tengok atas meja, masih penuh lagi dengan makanan yang hanya luak sedikit. Menu tersangat banyak, ahli BMKK ni berapa kerat je, tu pasal masih banyak lagi. Memang rezeki jiran sebelah.. yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi-serasikan (tagline Aziz Desa). Tagline aku, yang kurus kita gemuk-gemukkan. Hahahahah!

Okey tamat sudah entry jamuan raya bahagian. Pasni entry jamuan raya jabatan pulak. Tunggu!

Thursday, October 15, 2009

Entry Ringkas

Kali ni entry ringkas aje. Aku tak sempat nak bercerita apa2. Apatah lagi mengarang berjela-jela. Nak upload gambar? Kirim salam ajelah.

Hari ni ada jamuan raya Jabatan dari pukul 10.30 pagi - 3.00 petang. Aku melepak sampai pukul 12 t/hari aje. Pas perut kenyang cam belon penuh, aku cepat2 balik ofis. Bukan sebab nak lari dari tanggungjawab menjaga gerai, atau mengelak daripada makan dengan lebih banyak (aku memang dah sedia gemuk pun, tak perlu takut apa2 untuk menjamah makanan) atau pemalu taknak bersosial dengan rakan2 sepejabat TAPI aku ada tugas2 yang lebih penting yang nak dilunaskan di pejabat. Raya, raya juga tapi tugas jangan dilupakan. Kebetulan je akhir2 ni tugas aku membanyak dan menimbun pulak.

Semalam pun ada jamuan raya bahagian aku (BMKK). Meriah juga dengan macam2 menu berkonsep potluck. Aku dah update sikit cerita tapi masih terpendam sebab tak selesai karang lagi. Cerita aku mana boleh pendek2. Tak menepati piawaian dan citarasa aku. Esok lusa bila tak busy aku publish ye.

Okeh nak balik dah. Tengok, kerja masih berlambak atas meja tapi nak tak nak kena balik juga. Dah jadi isteri ni, suami dan anak dah jadi prioriti. Biorle aku kena marah kat ofis kerja tak siap, yang penting keluarga diutamakan. *mintak maap bos!

K balik dulu. Tata..

Wednesday, October 14, 2009

Jalan2 Tengok Wayang

Kelmarin di Sapura, aku bergandingan berdua dengan Serie. Kami memang dah berpakat dari awal untuk ambil exam PTK sama2 tahun ni. Sama2 apply & sama2 tak sempat baca buku untuk exam. Hihi.. tah pape je. Semalam seawal 6.30 pagi aku gigih keluar rumah. Naik tren seperti biasa di Asia Jaya then turun di Masjid Jamek. Naik tren lagi ke Sungai Besi. Sampai stesen Sungai Besi tepat pukul 8.10 pagi. Wah, masih awal lagi. Exam start 9.30. Plan awal aku nak naik cab je dari situ ke Sapura tapi dah alang2 Serie offer amik aku kat situ, ikutkan ajelah. *Padahal aku yang suruh dia amik aku, dah alang2 dia u-turn kat traffic light Sungai Besi tuh kan. Hehe!

Kejap je dah sampai Sapura. Hamboih Pak Guard overla tak kasik parking kat dalam. Takkan full kut, awal lagi nih. Pusing 2nd time, Serie bukak tingkap then buat muka seposen cakap takde parking kat luar. Nasib baik kereta Serie comei, Pak Guard kasik parking betul2 kat depan bangunan tau. Kagum2. So dah masuk dalam bangunan, mula2 breakfast dulu isikan perut yang sudah berkeroncong (nak jawab exam perut kena penuh wo, nanti kriok..kriok.. tak fokusla i). Aku sorang je yang breakfast, Serie dah makan roti dengan milo. Huhu.. awal2 pagi lagi dia dah cergas. Aku je yg terkial2 lembs. Pekena teh tarik & kuey tiaw goreng, tiba2 perut aku senak. Uwaa... ni memang dah kes kena qada' hajat besaq ni. Sebelum tu lagi aku dah rasa sakit perut. Ingatkan ada butterfly in my stomach, maklumlah nak jawab exam la katakan. Tapi pas 10 min pun aku masih rasa ada onar di perut, maka terpaksalah ke tandas melampiaskan hajat. Kisah di tandas, off record.

Dah settle, lega yang teramat sangat. Terus yakin nak jawab exam (poyo jeh, sebenarnya tetap tak yakin sebab tak baca apa2). Simpan sume buku dalam kabinet then terus melangkah ayu ke dewan peperiksaan. Hambek ko! Semua orang pun dah masuk dalam. Rupa2nya aku dengan Serie agak terlambat. Terhegeh2 aku isi sume maklumat dalam borang OMR tu, dahle kena hitamkan bulatan2 kecik tu. Mak ai lenguhnya! Habis hitamkan maklumat, terus kena jawab soalan pulak. Adoi.. 1 hal lagi. Banyak aku tak tahu jawapan. Terpaksala taram je. Bertambah2 lenguh tangan. Nasib baik 40 soalan je. Kalau 80 soalan macam soalan KH masa PMR dulu camno?

Okeh2 jom sambung cerita jalan2 tengok wayang tadi. Ada ke cerita pasal exam. Yang dah lepas tu.. lepaslah. Usah dikenang lagi. Exam tamat jam 12 t/hari. Pagi tu masa breakfast kat cafe, Serie tanya aku habis exam nak ke mana. Erm aku cakap mungkin nak balik ke rumah mak aje, lepak2 kat situ menunggu pukul 4.30 baru balik Jalan Kebun. Sekali Serie cakap, why not kita jalan2. Ye tak ye gak, dah lama aku tak berjalan2 dengan kawan ke shopping mall. Sejak Lin pregnant ni, langkah aku terhad sikit dari projek jelajah Jalan TAR. So aku pun terus lah setuju sambil menambah "Tengok wayang sekali nak?" Serie terus tersengih cam kerang busuk cakap "Ok gak!" Yahoo.. best woh tengok wayang dengan member. Dah lama tak kecap nikmat sebegini. (Buat muka tak bersalah sebab tak gheti2 nak balik rumah jaga anak) Hehe..

Oleh sebab Sapura ni dah dekat sangat dengan shopping complex ni, so.. marilah kita jelajah Mines Shopping Fair. Satu2nya shopping mall di Malaysia yang ada air tasik mengalir di dalam bangunannya (ye ke? aku belasah je. Abaikan kalau tak betul fakta sukati aku ni). View memang cantik, tapi bau hanyir sikitlah. Hanyir air tasik.



Jalan2 masuk dari 1 kedai ke 1 kedai. Lihat2 barang yang aku rasa menarik. Pegang2 belek2. Then keluar kedai pertama masuk kedai kedua. Tengok barang2 lagi.. kalau menarik kami puji, jelek kami keji.. gitulah pe'elnya. Seronoknye weh! Kalau keluar dengan husband tak merasa pengalaman macam ni. Siap boleh singgah kiosk jual tudung, fuh.. try2 tudung lagi. Rasa macam nak beli, erm.. tapi takkan nak jinjit masuk cinema pulak kan? So.. kita tengok wayang dulu. Filem apa?



Yezza.. kami telah menonton filem Papadom. Actually Serie yang cadangkan tengok filem ni. Aku tak kisah pun tengok apa2 cerita, asalkan tengok wayang (nampak sangat kebuloq). Sebab aku peminat filem2 Afdlin Shauki, and filem Papadom ni dah menang Filem Terbaik and aku teringin sangat nak tengok lakonan Liyana Jasmay yang menang pelakon wanita terbaik dalam filem ni, so.. oklah. Kita tengok Papadom. Jalan cerita agak slow pada awalnya tapi semakin lama semakin ok. Cerita Afdlin Shauki of course ada lawak2 selamba yang memang buat kita ketawa tak kering gusi. Aku suka watak Mat yang Que lakonkan. Memang selamba jadi budak nerd! Aku suka jugak watak Hisham Hashim lakonan Farid Kamil yang tersangat poyo. Sangat menjadi ok! (memang poyo ke mamat ni kat luar?). Mula2 aku suka jugak watak lakonan Scha, tapi masa scene mula2 time Scha hantar Mia & Yvonne ke asrama tu je. Scene tu je aku rasa best, scene2 berikutnya biasa je. Tapi scene paling kelakar ialah scene semua pelajar kelas Mia tayangkan filem pendek yang dorang buat untuk exam semester akhir. Aku rasa SANGAT KELAKAR dengan filem yang Mat (Que) buat. Tah pape ok! Tapi muka Mat sangat konfiden dengan hasil kerja dia. Muka tak boleh blah, sangat bangga! Kahkahkah... (boleh tak aku gelak lagi kuat2?)

Filem ni walaupun best, tapi tetap juga ada yang tak best. Tadi aku dah cerita yang best. Yang paling tak best pasal cerita ni ialah, tak logik si Miasara tu dapat 20A's pastu amik course senilakon je kat UiTM. Pastu si Yvonne bangsa Cina boleh pulak belajar sama2 kat UiTM. Boleh ke gitu? Kalau Afdlin lebih realistik, lagi best kut. *Tapi memang takkan real la bapa akan menyamar jadi tukang kebun semata2 nak kontrol anak kan? Hehe.. apa2 jelah. Yang penting filem ni memang menghiburkan. Yelah, dah dekat setahun tak tengok wayang kan. Kira filem ni pengubat hati aku la. Huhu..

Aku bagi 3 bintang (per 5) untuk filem ini. Harap pada tahun2 mendatang, Afdlin lahirkan filem yang lebih menarik dan lebih kelakar dan menampilkan muka2 baru (idokler asik2 muka pelakon yang sama je, buhsan sey). Wokeh, chow!

*Teringin sangat nak tengok filem Momok The Movie. Dulu aku suka sangat dengan vcd telemovie Momok arahan M. Jamil. Memang kelakar gilos (kelakar2 seram). Sesiapa ada dvd ori nanti, aku nak pinjam ek. Tq!

Tuesday, October 13, 2009

Kisah PTK

Salam semua, alhamdulillah dapat juga kita bertemu lagi dalam lembaran maya pagi Selasa ni. Hari ni permulaan minggu bagi aku di pejabat. Banyak kerja dah sedia menanti. Kena buat sikit2, harap2 dapat selesai sebelum pukul 5 petang nanti.

Mata pun dah kelabu sejak pagi tadi tengok surat2 atas meja ni. So sekarang curi masa sikitlah untuk update blog. Seperti yang aku beritahu minggu lepas, semalam aku ke Sapura @ Mines untuk exam PTK. Pertama kali aku amik exam ni selepas cukup setahun sah dalam jawatan.

Aku ingatkan soalan susah sangat (merujuk kepada buku rujukan dan latihan yang aku pinjam dari Kak Nurul) tapi rupanya biasa2 aje. Tapi apa ajelah jawapan yang boleh aku berikan oleh seseorang yang tak buat persediaan yang cukup. Nak menyesal pun tak guna sebab exam tu dah pun berlalu.

Meh share sikit pasal soalan. Exam PTK utk PT (Kes) N17 semalam soalan bahagian A dan B merangkumi hampir semua topik yang berkaitan dengan exam. Cuma ada 1, 2 topik je yang tak disoal seperti Komunikasi / Hubungan Interpersonal dan Pengendalian Pengaduan Awam. Yang lain2 semua ada.

Aku pun tak tahu berapa result yang aku boleh dapat. Ikutkan tahap konfiden, aku yakin jawab betul 15 soalan je per 40. Itu pun soalan yang boleh jawab tanpa perlu baca buku (common sense). Selebihnya aku 'bantai' je. Tak tahu nak jawab apa. Padan muka aku sebab tak prepare awal2. Padan muka sebab angkut buku berkilo2 balik rumah tapi pukul 10 malam Ahad baru nak teleku baca. Jangan haraplah!

Oleh sebab soalan PTK kali ni taklah susah sangat seperti yang aku gambarkan (tak susah kalau baca buku & buat persediaan awal), maka aku ambil pengajaran di sini. Walau apa pun result aku nanti, aku betul2 yakin yang aku kena ulang lagi exam ni next year. So untuk tahun depan aku berjanji untuk study betul2 & buat persediaan awal. Sekurang2nya 3 bulan lebih awal, insyaAllah! Seronoknya kalau aku boleh dapat aras IV untuk kedua2 paper macam Along dan Yang. Seronok kan kalau dapat naik gaji?

Oklah nak sambung buat kerja. Daa..

*Aku aim lulus PTK untuk naik gaji. Naik pangkat tu perkara kedua :)

Friday, October 9, 2009

Exam PTK

Aku nak inform kawan2 semua yang hari Isnin ni, 12 Oktober aku ada exam PTK di Sapura Mines, Sg. Besi. Ini adalah pertama kali aku amik exam PTK.

Kali terakhir amik exam ialah masa tahun 2007 dulu. Exam perkhidmatan awam untuk sah dalam jawatan. Seminggu sebelum exam aku dah start studi untuk 2 paper. Alhamdulillah, lulus. Tapi kali ni, baru hari ni aku terkial2 cari buku sana sini.

Niat dalam hati aku, walaupun tak sempat studi semua buku2 tebal ni, tapi aku nak try juga baca dan fahamkan (walaupun sepintas lalu). Mustahil dapat result IV, dapat III wah.. alangkah bagusnya. Tapi dapat II sedang elokla dengan usaha aku yang takde apa2 usaha ni. Macam mana kalau dapat I je? Malu weh.. mana nak sorok muka?

Ok2 jangan banyak cakap lagi. Rehat tengahari ni adalah untuk studi (eh silap, untuk baca buku!). Esok dan lusa aku akan jadi ulat buku (walaupun bakal sibuk di kenduri kawen sepupu) Hoho.. wish me luck k!

Oh ye, Isnin aku tak masuk ofis. Berjuang di medan pertempuran. Tak seronok sebab kena jawab exam tanpa persediaan yang cukup. Seronok sebab dapat jumpa kawan2 lama yang sama2 amik exam. Yahoooo...!!

Jumpa lagi hari Selasa! Tata...

Milestone Izz 7 Bulan

6 Oktober lepas Izz genap 7 bulan. Nak ceritalah tentang perkembangan terbaru Izz sejak menginjak usia 7 bulan nih.




Dah start belajar2 merangkak
- baru pandai tegak lutut, belum pandai step ke depan lagi. Mungkin seminggu dua lagi kut.

Pandai buat memek muka - baru2 ni aku perasan Izz dah pandai buat beberapa memek muka yang aku rasa sangat lucu. Tapi tak sempat snap memek2 muka dia tu. Ada memek muka pelik, jeling orang, terkejut, marah, sedih n etc.

Pandai menangis keluar airmata
- dah umur 7 bulan ni baru Izz pandai menangis keluar airmata meleleh2. Alahai.. kesian pulak aku tengok.

Pandai manja dengan abah - ok yang ini sangat obvious! Pantang nampak abah, meluru je pergi dekat2 dengan abah. Kalo abah baring, Izz akan guling2 baring himpit abah. Ada sekali tu, dia guling2 sampai kepala betul2 terletak atas lengan abah. Amboi2.. nak tido celah ketiak ke? Pastu kalau menangis, kadang2 tak mahu mak & Acik yang pujuk. Kalau abah pujuk, sekejap pun boleh baik dan ketawa berdekah2. Huh, dasar anak abah!

Pandai tarik kain - ye.. sekarang Izz sudah pandai menggodek apa2 barang/benda yang dia boleh capai masa duduk dalam walker. Bucu kain lapik tv, lapik meja, remote control & handphone yang letak dekat sofa, semua dia hulur jari jemari halus tu nak capai. Pinggan, cawan dan gelas janganlah letak kat atas meja (meja aku adalah meja jepun). Senang2 je Izz kuis pakai jari dia tu. Uh.. sangat bahaya!

Pandai membebel - Izz semakin kuat membebel. Suka bercakap. Pantang masuk kereta and keluar dari rumah, dia akan buat bunyi macam bercakap. Bangun tidur je dalam buai tu pun dia boleh bantai bercakap bahasa dia. Kadang2 saje je bersembang dengan Izz, tanya itu ini. Dia balas ok. Tapi of coursela kita tak faham dengan baby language dia tu kan. Layankan aje.. yang penting Izz rasa dihargai & ada teman berbual. Farizal cakap Izz cakap banyak macam aku. Boleh?

Dan ada lagila beberapa perkara lagi. Actually aku agak risau bila Izz pandai merangkak nanti. Risau dia boleh masuk dapur & bilik air anytime je. Harus buat sesuatu ni!

Cerita Raya 2009 Part IV (Akhir)

Ok cerita raya dah nak tamat. Mari sama2 menghela nafas yang panjang. Kasihan kat korang kan, penat je kena baca cerita raya aku satu persatu (padahal bukan best sangat pun). Ala.. 1st time aku tulis pengalaman raya kat blog, wajiblah tulis semua cerita kan. Nanti next year, mungkin aku tulis perkara2 penting aje. Idokler korang boring. Inikan tahun pertama aku blogging (guna blogspot), kasi chancelah.. Wokey, jangan buang masa lagi. Meh tengok gambar sambil dengar cerita.


Ni gambar masa hari raya pertama. Selepas balik dari solat aidilfitri, masing2 melepak kat ruang tamu. Dari kiri, ayahku yang tampan, Abg Gom - abang iparku yakni abah Dian, Nek (my cousin), Yang, Kerol (suami Nek). Duduk dari kiri pakai baju melayu biru tu Aiman (sepupu), Asraf (abang Aiman) dan Meer. Tak lupa my lovely baby Izz Haris tengah sedap buat taik mata. Kikiki.. *Gambar kecil? Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


Yang tua tunggu masa nak menghulur, yang muda tunggu masa nak dihulur. Pak Long bersiap sedia nak hulur duit raya. See.. Izz tetap berada dalam dukungan Pak Long. Amboi.. kaler baju melayu lebih kurang je semua ar (colour base hijau). Kebetulan jer tu.


Giliran Nek bagi duit raya pulak. Tengok tu.. ramainye umat. Sempit ruang tamu opah. Bersimpang siur. Information: Jumlah keseluruhan cucu opah ada 23 orang. Cucu menantu 5 orang. Cicit 4 orang. Last week lahir sorang lagi cucu opah. Uish.. aku harap tahun depan rumah tu boleh tampung lagi jumlah dan saiz kami yang semakin meningkat ni. Heh~


Banner open house rumah Tok Su di Kg. Loh, Karai. Siap berkhemah bagai. Hebat!!!


2 generasi. Dari kiri Tok Su, Chik (adik mak no. 2), opah dan mak tersayang (ketiga2 mereka khusyuk tunduk menjamah makanan). Oh ye, di belakang bertudung hijau tu adalah aku okeh (terselit gak gambar aku walaupun hanya cinonet).


Dua bestest friend ever! Farizal & Izz Haris. Owh.. korang berdua sedap2 bergambar, mak jugak yang jadi tukang amik gambar. Bila korang nak amik gambar mak ni?

Itulah serba sedikit gambar masa hari raya pertama hari tu. Ada la lagi beberapa keping tapi toksahla semua nak tepek kat sini. Nanti dah jadi entry album gambar pulak. Okeh jom sambung cerita pasal perjalanan balik dari kampung ke KL hari tu.

Pukul 2.30 petang kami bertolak dari Kuala Kangsar. Ikut hiway aje, harap2 jalan tak jem lah. Oleh sebab hari Khamis tu ada orang yang dah pun mula bekerja & ramai yang masih bercuti di kampung maka jalan memang lengang dan tak jem langsung. Okla tu kan.

Destinasi pertama, kami singgah di rumah Mak Uda di Trolak. Suami Mak Uda, arwah Pak Uda ialah abang kepada ayah aku. Arwah meninggal hujung tahun lepas masa mak dengan ayah di Mekah. Sedih tau sebab ayah dengan Pak Uda memang bestfriend. Dah takdir masa Pak Uda meninggal, ayah takde di Malaysia. Wattudu.. redha ajelah. Lepas solat Asar, kami teruskan perjalanan ke Kg. Serigala, Tanjong Malim. Singgah rumah Cik Nab (apa hubungan Cik Nab dengan ayah aku ar? Lupa pulak) Pas makan2 mengisi tembolok, kami singgah rumah ayah di Behrang 2020 untuk mandi & solat maghrib.

Pas maghrib gerak ke rumah Kak Ngah pulak di Rawang. Sunyi sepi kawasan sekolah. Cuti sekolah la katakan. Tidur rumah Kak Ngah. Tengahari esoknya kami gerak pulang ke KL. Lepak2 rumah mak dulu. Malam tu baru balik Jalan Kebun. Uwargh.... bestnya.... dapat baring2 atas tilam yang empuk. Dapat meluruskan segala sendi2 yang dah terbengkok sepanjang perjalanan dalam kereta. Wah.. bahagianyer! Alhamdulillah.. kami selamat sampai di rumah tanpa ada sebarang masalah.

Gitula cerita raya aku. Jumaat tu aku duduk di rumah saja mengemas. Sabtu ambil Achik di Putra Perdana rumah abang Li (abang Farizal) dan hari Ahad kami berhari raya di rumah kawan Farizal, Meor di Rawang Perdana. Isnin kembali bekerja seperti biasa (tapi masih dalam mood hari raya sebab bos masih bercuti) Hehe..

Oklah cerita dah abis, kita jumpa lagi raya tahun depan kalau panjang umur. Hah, raya tahun depan insyaAllah aku beraya di Pahang pula. Nantikan cerita dari sana pula ye. Tata..

Thursday, October 8, 2009

Cerita Raya 2009 Part III

Semalam sangat sibuk sampai tak sempat tulis blog. Cerita raya pun belum update lagi walaupun hari ni dah pun masuk 19 Syawal. Sebelum cerita raya aku basi, meh aku sambung cerita tu.

Hari Raya Ke-3 sepatutnya kami beramai-ramai menghadiri majlis perkahwinan Poi (my cousin) di Tasik Gelugor, Penang. Tapi malangnya majlis perkahwinan telah dibatalkan lebih awal sebab ibu mertua Poi tak sihat (btw ibu mertua Poi dah kembali ke rahmatullah Selasa minggu lepas, al-fatihah untuk roh arwah). Jadi kami tukar plan untuk beraya ke rumah saudara mara yang agak jauh sikit di Selama dan Gunung Semanggol.

Pukul 11.30 pagi bertolak, selepas Zohor baru sampai di Selama (Selama Perak bukan Kedah) Kami beraya rumah Pak Ngah (sepupu mak). Yang specialnya rumah Pak Ngah ni dibina atas 1 tapak tanah yang turut ada rumah Pak Long (abang sulung Pak Ngah) dan rumah Pak Su (adik bongsu Pak Ngah). Maka dapatlah kami beraya ketiga2 buah rumah dengan sekali trip. Seronok sangat jumpa dorang semua sebab dorang ni antara sepupu2 terapat mak. Masa dorang bujang & baru2 kawen dulu, dorang rajin datang melepak kat rumah kitorang di Cheras tu. Masa tu aku budak2 lagilah, zaman sekolah rendah, zaman berhingus (isk manade hingus, xde2). Masa aku zaman remaja, anak2 dorang masih bayi dan kanak2 tapi sekarang semua dah besar panjang, dah bujang & anak dara. Yang dah bekerja pun ada. Hamboi.. terasa tua sungguh aku.

Pas sembahyang Asar baru gerak ke rumah Opah Wan (adik opah no. 5) di Gunung Semanggol. Lepak2 je sambil tengok Glamour Raya kat Astro, pas Maghrib bertolak pulang ke rumah opah. Woh.. letih yang amat. Perjalanan jauhla katakan. Actually takdela jauh sangat, makan masa 2 jam je. Tapi sebab jalan tu bengkang-bengkok macam ular kena palu, tu yang rasa sengal2 badan & pening2 kepala. Hehe.. penangan rayala katakan! Malam tu mak beritahu yang esok petang Khamis nak balik KL dah. Aku pun menggedik nak ikut mak balik KL jugak walaupun plan asal nak balik KL hari Sabtu. Yelah, dah puas pun beraya dengan opah & sedara mara di kampung. Nak la merasa beraya dengan saudara mara di KL pulak.

Pagi esoknya kami tidak ke mana2. Duduk di rumah sahaja sambil packing beg untuk pulang ke KL. Muka opah dah keruh je tengok kami bersiap2. Kasihan opah. Tapi apakan daya. Yang datang pasti pergi.. Yang bekerja kena pulang.. (cewah2 memandai je aku. Turn aku jadi opah esok mesti sedih gila babas punya). Actually petang tu pukul 3 ada family gathering keluarga aku (Keluarga Haji Taib). Haji Taib ni moyang aku iaitu bapa kepada arwah atuk aku (arwah atuk pun aku tak pernah jumpa sebab atuk meninggal tahun 1980 ke.. 81 tak ingat pulak) Aku belum dilahirkan lagi masa tu occay. Sebab tu aku tak ingat (alasan). Dalam hati meronta2 nak pergi gathering tu tapi mak cakap takyahla.. lain tahun je kita pergi. Kena balik awal ke KL untuk elak jem. Yolah mak! Saya yang menurut perintah.

Kata je nak balik KL tapi confirmla ada episod singgah menyinggah kan. Dah alang2 on the way, wajib la menyinggah rumah sedara mara sepanjang perjalanan balik tu. Eh itu kejap lagi jelah aku cerita. Ada kerja sikit nak buat ni. Tapi sebelum aku stop, meh jamu mata tengok gambar kami masa masa hari raya. Tak banyak pun gambar yang ada masa raya haritu, apa taknya, aku sorang je terkial2 nak amik gambar raya buat kenangan, tapi yang lain2 buat dek je. Susah betoi tau nak dapat kerjasama. Nak reportlah dengan geng wonderpet, "Family i susah betul nak beri kerjasama. Kesian i kan? Padahal semua kanak2 tahu yang kerjasama tu penting. Betul tak wonderpet?"

Gambar2 kat bawah adalah gambar malam raya.


Izz khusyuk dan tawadu' mendengar takbir raya dari masjid. Siap pakai kopiah baru yang aku beli kat Pasar Tani tepi sungai. Nampak Liona tak kat celah tangan Pak Long (Pak Long non stop jaga Izz masa kat kampung). Raya2 jugak, Liona tak dilupakan.



Zaid (umur 5 tahun) tengah seronok giler lepas gian main bunga api kat bawah rumah. Tak sedih & teringat langsung dekat mak ayahnya yang tak dapat pulang beraya kerana bekerja. Budak2 la katakan. "Umi dengan ayah? Owh.. dorang tak balik raya kena kerja" Sob..sob..(nada sedih) Tiba2.. "Bunga api? Yahooooooooooo...!!"



Budak baju biru (nama Dian) tak dapat main bunga api sebab dia perempuan. Hanya mampu jenguk dan tersenyum dari dalam pagar saja. Kasihan.. tapi dia redha sebab mummy dengan abah dia 'Singa Jadian'. "Don't mess with abah & mummy ok!" kata Dian dengan hipokrit.



Pakcik2 Izz yang tersayang. Hamboi2 badan masing2 mantop ye. Kihkih.. inilah sebahagian keluarga BESAR kami. Dari kiri senyum kontrol, Meer (adik aku yang bongsu no. 7), yang tengah senyum sampai pejam mata tu Yang (abang aku no. 3) dan yang paling kanan senyum cimpul tu En (adik bawah aku no. 5) Aku pun pelik kenapa dorang tiga2 senyum lebar ar? Mungkin kalau senyum camtu bajet handsome lebih kut (hahaha) Aku jahat...

Ni gambar last untuk malam raya. Of coursela gambar abah dan Izz (dorang bestfriend sekarang. Aku sudah terkeluar dari geng) di hot spot rumah opah, tangga antara anjung dan serambi. Aku pun banyak amik gambar kat sini masa dolu2. Kenangan beb!


And seperti yang diberitahu awal2 tadi, aku tak bergambar pun malam tu. Takpe.. lagipun kata bergambar untuk kenangan. Haruslah gambar2 orang lain kan yang nak disimpan jadikan kenangan. Gambar sendiri nak buat haper? (ayat kaber.. sebenarnya hati sedey beb, pilu.. hohoh!)

Esok cerita lagi. Daa...

Tuesday, October 6, 2009

7 Cerita

Isnin, 5 Oktober 2009

Cerita 1

Pagi seperti biasa menaiki tren ke pejabat. Ketika tukar tren di Masjid Jamek, terserempak kawan lama masa sekolah rendah. Azah namanya. Masih cantik dan manis seperti dulu dan masih belum berkahwin. Dulu Azah pengawas perpustakaan, aku hanya pelajar biasa. Kini Azah seorang jurutera di JKR, aku hanya kerani biasa T_T

Cerita 2

Di saat berduka kerana mak bermastautin di hospital, tengahari semalam aku terima berita gembira. Slip gaji dah sampai. Dengan gelojoh dan ganaz aku koyak pelan2 slip gaji tu. YESSSS!!! Dah tak potong KWSP lagi. Yahoooo!!! Itu membawa maksud, bulan ni dan bulan2 seterusnya aku ada extra money dalam akaun aku. Bermaksud, aku boleh simpan duit lebihan tu dalam ASB (boleh caya ke?). Selain itu, aku juga dah boleh buat pengeluaran wang KWSP dan boleh gunakan duit tu untuk merenovasi kediaman kami. Hoho.. dapatlah tinggal dengan lebih selesa lagi. InsyaAllah dan alhamdulillah...

Cerita 3

Lunch break aku dan Lin panjangkan langkah ke Nagoya Textile. Aku nak beli kain untuk buat baju nak padankan dengan kain batik yang aku beli kat Langkawi masa honeymoon dulu. Kenapa aku tergocoh2 nak buat baju baru selepas raya ni ek? Hujung minggu ni sepupu aku Poi akan berkahwin. Tema PURPLE. Aku takde baju baru colour purple. Jadi harus buat baju baru. Aku beli kain murah je, RM7 semeter. Harap2 Acik sempat jahit sebelum Ahad ni. On the way balik dari Nagoya ke ofis, singgah kedai tudung. Nak cari selendang untuk pakai dengan baju ni nanti. Jumpa -> berkenan -> price pun ok -> try -> perasan cantik -> senyum sorang2 -> Lin pun kata cantik -> jumpa salesgirl -> tawar menawar -> dapat kurang RM2 -> terus beli -> TERSENYUM BANGGA! (dapat selendang baru)

Cerita 4

Pukul 4 petang. Along call beritahu yang mak dah boleh discaj hari ni. What??? Wah... bestnya... so dah pakat2 dengan ayah, aku dan Farizal akan jemput mak di hospital. Balik kerja, Farizal singgah ofis jemput aku then terus ke hospital. Semalam selepas maghrib, mak selamat sampai di rumah. Walaupun dah keluar wad, tapi mak masih belum sembuh sepenuhnya. Badan mak masih lemah. Tapi berada di rumah sendiri adalah ubat paling mujarab. Boleh tidur atas tilam yang empuk. Boleh sembahyang dengan khusyuk. Boleh gunakan tandas tanpa perlu berkongsi dengan bangsa asing. Bahagia!

Cerita 5

Selepas Along call beritahu mak boleh keluar wad, aku dapat sms dari Acik.

"Salam. Kak Uji, Izz selsema banyak kali bersin"

Hoh! Terus aku terkesima. Tak pernah2 Izz selsema, akhirnya berjangkit jugak selsema dia dari aku. Woh.. anak mak.. kasihannya dirimu. Tapi mak dah janji nak jemput opah dari hospital. Aku roger Farizal. Farizal cakap, pergi hospital amik mak dulu then baru balik Jalan Kebun check Izz. Huhu.. sabar ye Izz. Sampai Jalan Kebun dalam pukul 9 malam, terus bawa Izz ke klinik Medic Mesra dekat2 Econsave. Doktor check, Izz cuma selsema, tak demam dan sakit tekak. Alhamdulillah.. (tapi dalam hati risau fikir macam mana nak bagi Izz ubat nanti)

Sampai rumah, bancuhkan susu untuk Izz. Bagi dia minum kenyang2. Then suap ubat guna syringe. Aku terkesima sekali lagi. Senangnya Izz makan ubat. Siap buka2 mulut nak jilat hujung syringe tu. Sedap ke Izz? Tapi aku rasa manis pahit2 (aku siap rasa ubat tu nak test dulu) Woh.. mak sangat terharu. Izz sudah semakin dewasa. Izz dah pandai makan ubat. Tak perlu menggelenjang2 dan muntahkan balik macam dulu2 (merujuk usia Izz masa 2-3 bulan). Mak, abah dan Acik sangat hepi!

Cerita 6

Keluar je dari klinik aku toleh ke kanan, tiba2 aku terus terpesona dengan tudung2 dan baju2 yang bergantungan di kedai pakaian sebelah klinik. Tanpa disedari aku dan Acik mengorak langkah ke kedai. Tanpa disedari konon, hiks!. Farizal start buat muka gangster, nak balik cepat katanya, lapar! Oh ye, kasihan suamiku. Belum makan apa2 lagi (cuma sempat bedal separuh jagung kukus & separuh burger daging masa menunggu mak di hospital. Lagi separuh aku yang bedal) Selepas memujuk rayu sambil buat muka menggoda, Farizal benarkan. "Sekejap je. Lambat abg tinggalkan!" Erk, terus berlari gajah aku masuk ke dalam kedai sambar tudung yang rasa2 cantik dan try. Akhirnya... aku beli sehelai tudung awning colour hitam berharga RM10 (tak dapat kurangkan harga, frust betoi). Tudung ni very simple, takde manik ke haper. Cuma tudung plain semata. Aku nak buat pakai basahan kat rumah. Kalau tudung2 yang dah sedia ada dalam laci tu leceh nak kena pasang brooch bagai. Dah lama aku cari tudung ni. Susah nak jumpa yang labuh menutup dada. Acik pulak beli 2 helai tudung (lagi dasat).

Cerita 7

Cerita dah habis. Gitulah 7 cerita dalam 1 hari semalam. Eh 7 ke 6? Hahak.. ape2 jelah. Punyalah letih semalam. Tapi begitulah kehidupan kan?

TAMMAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!