Thursday, May 28, 2009

EL dan Main Games

Entah mengapa, petang ni mata mengantuk yang sangat2. Penangan Zuma dah masuk level 9, sepatutnya otak aku makin aktif berfikir, mata aku makin tajam memfokus dan jari jemari sepatutnya semakin ligat memetik tetikus. Tapi, semakin bola Zuma tu bertambah warna dan semakin laju bola tu bergerak, mata aku semakin mengantuk dan mengantuk dan mengantuk. Huarghhhh.... (isk teruknye menguap depan org) Astaghfirullah al azim!

Agaknye sbb pukul 4.30 pagi tadi Izz dh terjaga kut. Nak main2 dgn mak dgn abah dia nih. Tapi sorila Izz, shift pagi shift abah. Biar abah jelah yg layan Izz. Mak x larat dh. Semalam mak dgn abah sampai amik EL sbb melayan karenah Izz dari malam sampai ke subuh. *tapi pas subuh, elok aje dia tidur lena. Dugaan.. Lagipun best jugak bila cuti dok rumah ni. Boleh abiskan masa bersama Izz. Tapi jangan amalkan selalu tau, blh effect kt service. Huhu..

Pagi tadi Lin awal2 lagi dh bgtau, ada game baru didownload. Sape download x tanya pulak. Yang penting, benda tu dh ada dlm pendrive. Send aje ke My Document. Boleh main bila boring & time xde keje. Yahoo!! Tadi sempat main 2 game, Jojo's Fashion Show dengan Zuma la. Game2 lain lum try lagi. kalau nak try semua, alamatnye x buat kerja la aku. Dhle smlm dh cuti. Erm... aku mmg suka main game. Release tension gitu. Lebih2 lagi game psl fashion etc. iewww.. i like.. tp aim aku sekarang nak tamatkan permainan Zuma sampai final stage. Tapi bukan hari ini la. Kejap lagi nk sambung buat keje. Maybe esok atau lusa atau tulat atau dotdotdot.

*Main game masa boss xde je :)

Tuesday, May 26, 2009

Shopping Bila Dapat Gaji

Semalam, 25hb adalah hari gaji bagi semua orang gomen di Malaysia. Fuh, tarikh keramat ni :) Dan semalam juga aku telah menghabiskan lebih 13% daripada gaji bulanan untuk memborong barang2 Izz. Bukan nak kata aku ni pemboros orangnya, cuma ini kali pertama aku bergaji selepas kembali bekerja. Ofis pulak kat tengah2 KL ni ha. Bangunan Sogo tu hah. Salahkan bangunan Sogo tu. Asikkkk aje menggamit2 naluri keibuan mak Izz ni. Ekekek! (alasan je tuh). Kalo xde sale, x koser gak nk catwalk tengahari2 buta tu merentas Jalan TAR. Maka tengahari semalam, dengan langkah yang pantas dan semangat yang jitu, ditemani 2 orang rakan sekerja Lin dan Erin kitorg catwalk ke Sogo dengan penuh impian dan harapan :P

Actually dah survey sejak Jumaat lepas nak beli apa untuk Izz kt Sogo. Plan nak beli 3 pasang baju je. Alah harga murah2 je x lebih RM13 sepasang pun. Tapi pas belek2 terbeli 5 pasang. Hamboiii. Lagipun masa Izz lahir hari tu, aku x banyak beli baju untuk dia. Yelah, anak pertama kan. Tak berani beli lebih2. Orang kata, seadanya aje. Kebanyakan baju dia sekarang, semua orang yang hadiahkan. Baju untuk pakai siang aku beli 4 pasang dan 1 pasang lagi untuk pakai malam. Bukan apa, baju jalan2 Izz untuk pakai siang ada 2 pasang je. Satu baju biru Petter Rabbit (Mak Ngah hadiahkan untuk Izz) & satu lagi singlet Anakku dengan seluar pendek Disney (aku beli RM5 je sehelai kat pasaraya The Store masa balik kg Kuala Kangsar awal Mei aritu, murah kan?). Erm x bestlah asik ulang pakai baju yg sama aje. Dhle tiap2 hujung minggu Izz ada program. Hehe (program dengan mak dan abah) Mestilah kena pakai baju smart2 kan?

Nak tengok baju baru Izz? Nanti Izz dah melaram aku amek gambor ye. Bolehlah tengok. Eh lupa pulak. Malam tadi aku, Izz, abah dan acik (adik ipar/pengasuh Izz) memanjangkan langkah ke AEON Mall, Bukit Tinggi, Klang. Kt cni ada Jusco yang terbesar di Asia Tenggara dan sudah semestinya tempat ni jadi favourite shopping mall aku sekeluarga. Abah belikan Izz tilam yang ada mainan gantung2 tu. Murah je RM49.90. Pastu aku belikan hadiah untuk sepupu Izz yang baru lahir awal April aritu. Gaun kaler pink sehelai, mitten & bootee kaler pink sepasang & 1 permainan baby Tolly Joy (semua kaler pink ok! my fav colour). Ahad ni 31 Mei ada majlis akikah & kenduri cukur jambul sepupu Izz kt Tmn Pelangi, Semenyih. InsyaAllah kami datang nanti. Tak lupa gak, sebelum berganjak keluar dari bangunan AEON tu, aku sempat sambar 1 handbag jenama apa tah. Yang penting, harganya mampu dimiliki buat masa ni (yolah... nk gantikan handbag hantaran yang aku pakai sekarang, terlalu uzur u ols) Tapi hari ni belum sempat melaram lagi, insyaAllah esok :) Tu ajelah cite psl shopping semalam. Nanti aku update every month k! Hehehe...

*Ntah bila nk buat kenduri akikah utk Izz... :[

Tuesday, May 12, 2009

Blog Baru, Yay!

Yuhuu... akhirnya. Salam semua. Akhirnya berjaya jugak aku punya blog sendiri. Walaupun ianya sempoi (amatur & percuma la katakan) tapi ia tetap berjaya jadi medium untuk aku bercerita tentang apa saja. Seronok.... best.... akhirnya dapat menulis seperti dulu. InsyaAllah, akan ku titipkan kisah perjalanan hidupku di sini sekerap mungkin. Mak Izz Menulis: Kisah mak, abah dan Izz. Sudi2lah kawan2 meninggalkan komen ye! *Buat pembakar semangat agar terus menulis dan menulis....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!